Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Proses Tuntutan Bayaran "Maintenance" Tertunggak JMB Strata (Soalan Lazim)

Diterbitkan

Diterbitkan

Last Update:

Last Update:

Oleh

Oleh

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Bidang Amalan

Strata

Litigasi

Kesemua pemilik unit strata adalah bertanggungjawab untuk membayar caj penyelenggaraan termasuk caj servis dan kumpulan wang pelepasan (“sinking fund”). Namun, isu utama yang kerap dibangkitkan adalah kegagalan pemilik unit untuk membayar caj penyelenggaraan tersebut. Inilah masanya untuk anda, sebagai Badan Pengurusan (JMB) menjalankan tugas anda untuk menuntut caj tertunggak ini melalui peruntukan sedia ada iaitu di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.

Ringkasan pantas

  • JMB atau Badan Pengurusan boleh menuntut caj penyelenggaraan dan kumpulan wang penjelas yang tertunggak daripada pemilik.

  • Kuasa ini diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

  • Tuntutan boleh dibawa ke Tribunal Pengurusan Strata untuk penyelesaian yang lebih cepat dan murah.

Adakah anda melalui perkara sebegini? Jika ya, maka artikel ini adalah untuk anda!

Dalam Artikel Ini

  1. Terdapat ramai pemilik unit yang tidak membayar fi penyelenggaraan, apa yang perlu saya lakukan?

  2. Apakah yang akan berlaku selepas 14 hari pengeluaran Notis Tuntutan?

  3. Berapakah harga Notis Tuntutan?

  4. Apakah yang dimaksudkan dengan Writ Saman?

  5. Apakah jenis-jenis dokumen yang diperlukan?

  6. Bagaimana sekiranya pemilik unit tidak menetap di rumah tersebut?

  7. Berapa lama masa yang diambil untuk penyerahan saman dilakukan?

  8. Bagaimana sekiranya selepas penghakiman, pemilik unit masih tidak membuat pembayaran?

  9. Apakah perbezaan di antara menghadiri tribunal dengan mahkamah?

Soalan:

Terdapat ramai pemilik unit yang tidak membayar fi penyelenggaraan, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Badan Pengurusan perlu menyerahkan Borang 20 yang disediakan di bawah Peraturan 31 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 kepada mana-mana pemilik unit yang gagal membayar fi penyelenggaraan. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh 14 hari, sila hubungi peguam anda dan sediakan dokumen-dokumen berikut (Penyata Akaun Terkini dan maklumat pemilik seperti nama pemilik, alamat dan sebagainya). Selepas itu, Notis Tuntutan akan disediakan oleh peguam anda.

Soalan:

Apakah yang akan berlaku selepas 14 hari pengeluaran Notis Tuntutan?

Jawapan:

Notis tuntutan tersebut memperuntukkan tempoh masa 14 hari kepada mana-mana pemilik unit yang ingin membayar jumlah tertunggak tersebut. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Pengurusan berhak memulakan tindakan undang-undang di mahkamah.

Soalan:

Berapakah harga Notis Tuntutan?

Jawapan:

Anggaran harga RM30 - RM50 per notis

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan Writ Saman?

Jawapan:

Writ Saman merupakan salah satu prosiding undang-undang di mahkamah yang membenarkan Pihak yang terkilan menuntut hak mereka daripada Defendan (Pihak yang ingkar). Prosiding undang-undang akan dimulakan sama ada melalui Writ Saman atau Saman Pemula. Dalam hal ini, prosiding akan dimulakan melalui Writ Saman. Writ tersebut akan dikeluarkan oleh plaintif, atau pihak yang menyaman, kepada defendan. Sekiranya defendan ingin membuat pembelaan keatas tuntutan tersebut, defendan perlu memasukkan kehadiran di mahkamah.

Soalan:

Apakah jenis-jenis dokumen yang diperlukan?

Jawapan:

  1. Penyata Akaun Terkini,

  2. Nombor Kad Pengenalan pemilik unit, dan

  3. Alamat terakhir Defendan.

Soalan:

Bagaimana sekiranya pemilik unit tidak menetap di rumah tersebut?

Jawapan:

Prosiding undang-undang masih boleh dimulakan menggunakan alamat terakhir Defendan. Peguam akan meneruskan dengan pemfailan kertas kausa untuk diserahkan melalui kaedah penyampaian ganti (substitute service) yang akan melibatkan pengiklanan di akhbar dll.

[Carian JPN tidak dapat dijalankan buat masa ini untuk JMB disebabkan oleh ketiadaan dokumen atau perjanjian yang mengikat dan sebagainya]

Soalan:

Berapa lama masa yang diambil untuk penyerahan saman dilakukan?

Jawapan:

Ia mengambil masa dalam 2 hingga 4 minggu untuk dikira sebagai serahan berjaya kepada Defendan. Setelah salinan writ saman yang dimeterai telah diterima, dokumen tersebut akan diserahkan secara AR Berdaftar. Serahan kertas kausa kepada Defendan dianggap berjaya sebaik sahaja bukti penyampaian dikembalikan semula kepada Defendan.

Soalan:

Bagaimana sekiranya selepas penghakiman, pemilik unit masih tidak membuat pembayaran?

Jawapan:

Notis Peringatan akan dikeluarkan. Sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 14 hari selepas Penghakiman disampaikan kepada Defendan, pemilik unit boleh meneruskan prosiding perlaksanaan seperti Saman Penghutang Penghakiman, Writ Penyitaan dan Penjualan, Prosiding Garnishee atau Prosiding Kebankrapan.

Soalan:

Apakah perbezaan di antara menghadiri tribunal dengan mahkamah?

Jawapan:

Berikut adalah perbezaan di antara menghadiri Tribunal dan Mahkamah:







Tribunal vs Court for collecting maintenance charges (JMB)

Apakah perbezaan di antara menghadiri tribunal dengan mahkamah?

“Bagi JMB dan Badan Pengurusan, tunggakan caj penyelenggaraan menjejaskan seluruh komuniti. Akta Pengurusan Strata 2013 memberi kuasa menuntut, termasuk melalui Tribunal Pengurusan Strata — satu forum yang lebih pantas dan murah berbanding mahkamah biasa.” — kata Akmal Saufi Mohamed Khaled, peguam & prinsipal ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co).

Langkah menuntut caj tertunggak

Peringkat

Butiran

Notis tuntutan

Notis kepada pemilik yang tertunggak

Tribunal Strata

Tuntutan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013

Pelaksanaan

Tindakan lanjut jika perintah tidak dipatuhi

Soalan Lazim

Siapa boleh menuntut caj penyelenggaraan tertunggak?

Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC), di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

Apa itu Tribunal Pengurusan Strata?

Tribunal yang menyelesaikan pertikaian pengurusan strata, termasuk tunggakan caj, secara lebih pantas dan murah berbanding mahkamah.

Apa akibat jika pemilik tidak membayar?

JMB/MC boleh mengeluarkan notis, mengenakan faedah, mengehadkan kemudahan tertentu, dan mengambil tindakan tuntutan termasuk di Tribunal atau mahkamah.

Di ASCOLAW, pasukan kami kerap membantu JMB dan Perbadanan Pengurusan menuntut caj penyelenggaraan tertunggak di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

Perlukan bantuan guaman?

Kami boleh membantu JMB/MC menuntut caj penyelenggaraan tertunggak. Hubungi ASCOLAW untuk konsultasi ringkas.

Kandungan ini untuk tujuan maklumat am sahaja dan bukan nasihat guaman. Setiap kes adalah unik. Dapatkan nasihat khusus daripada peguam berlesen sebelum bertindak.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Managing Partner & Founder

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.