Urusan hartanah anda melibatkan hartanah di Petaling Jaya?

Peguam untuk Urusan Hartanah di Petaling Jaya

Sama ada anda sedang membeli, menjual, pindah milik, mengurus pembiayaan atau ada isu berkaitan hak milik, mulakan dengan beritahu kami keadaan hartanah anda dahulu.

Kami akan lihat jenis urusan yang terlibat, apa yang perlu disemak dan apakah langkah guaman yang sesuai.

Hantar maklumat ringkas dahulu. Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.

Messrs Akmal Saufi & CoFirma guaman berdaftarUrusan hartanah & transaksi

Apa urusan hartanah anda?

Tak pasti nama perkhidmatan guaman yang anda perlukan? Tak mengapa.

Pilih keadaan yang paling hampir dengan situasi anda. Dari situ, lebih mudah untuk tentukan apa yang perlu dibuat seterusnya.

Mungkin keadaan anda sekarang macam ini

Anda dah jumpa rumah yang anda mahu beli, tetapi belum pasti sama ada perlu cari lawyer, mohon loan atau bayar booking dahulu.
Penjual sudah setuju dengan harga, tetapi anda belum tahu sama ada hak milik dan kedudukan penjual sudah disemak.
Anda nak jual rumah, tetapi rumah itu masih ada loan bank.
Anda nak tukar nama rumah kepada pasangan atau anak, tetapi tak pasti proses dan kos yang terlibat.
Hartanah masih atas nama seseorang yang telah meninggal dunia.

Atau anda cuma tahu satu perkara:

“Saya perlukan lawyer untuk urusan hartanah ini, tapi saya tak pasti apa sebenarnya yang perlu dibuat.”

Kalau keadaan anda lebih kurang begini, anda tidak perlu cuba tentukan sendiri nama dokumen atau proses guaman terlebih dahulu.

Mulakan dengan terangkan apa yang anda mahu lakukan.

Urusan hartanah bukan sekadar sediakan SPA atau tukar nama

Kadang-kadang soalan awal nampak mudah:

“Boleh buat SPA?”  “Boleh tukar nama?”  “Boleh jual rumah ini?”

Tetapi jawapan sebenar bergantung pada kedudukan hartanah dan pihak yang terlibat.

Siapa pemilik berdaftar?

Orang yang menjual atau memindahkan hartanah mestilah mempunyai kedudukan dan kuasa yang betul untuk berbuat demikian.

Apa status hak milik?

Hak milik boleh mengandungi gadaian, kaveat, sekatan kepentingan atau perkara lain yang memberi kesan kepada cara transaksi perlu dibuat.

Ada pembiayaan?

Loan pembeli dan pinjaman sedia ada penjual boleh mempengaruhi dokumen, wang yang perlu disediakan dan perjalanan transaksi.

Perlu consent atau kelulusan?

Sesetengah transaksi memerlukan consent atau langkah tambahan sebelum pindah milik boleh disempurnakan.

Apa urutan langkah yang betul?

Booking, loan, SPA, redemption, stamping, consent dan pendaftaran tidak berlaku secara berasingan. Timing setiap langkah boleh memberi kesan kepada langkah yang lain.

Sebab itu, sebelum anda hanya fikir tentang dokumen yang perlu ditandatangani, lebih baik faham keseluruhan kedudukan transaksi terlebih dahulu.

Kalau hartanah anda berada di Petaling Jaya, ini yang patut diketahui

Kalau hartanah anda berada di Petaling Jaya, ini yang patut diketahui

Kalau hartanah anda berada di Petaling Jaya, ini yang patut diketahui

Liputan perkhidmatan

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) membantu urusan hartanah yang melibatkan hartanah di Petaling Jaya. Kami tidak mempunyai pejabat di Petaling Jaya; pertanyaan anda diuruskan oleh pasukan kami di pejabat Kuala Lumpur.

Pejabat terdekat

ASCOLAW — Pejabat Kuala Lumpur

Level 25, Jalan Bukit Bintang, 50450 Kuala Lumpur

Sebelum anda teruskan, perkara ini sepatutnya sudah lebih jelas

Anda tidak semestinya perlu tahu semua jawapan dari awal.

Tetapi sebelum transaksi bergerak terlalu jauh, anda sepatutnya tahu:

Siapa pemilik berdaftar?

Adakah orang yang berurusan dengan anda mempunyai kedudukan untuk menjual atau memindahkan hartanah?

Apa status hak milik?

Ada gadaian, kaveat, sekatan kepentingan atau isu lain?

Apakah transaksi sebenar yang sedang dibuat?

Jual beli, pindah milik keluarga, pusaka, pembiayaan atau proses lain?

Ada bank atau pembiayaan terlibat?

Jika ya, bagaimana ia perlu diselaraskan dengan transaksi?

Perlu consent atau dokumen tambahan?

Ini boleh memberi kesan kepada urutan proses dan tempoh transaksi.

Siapa lagi perlu memberi kerjasama?

Contohnya penjual, pembeli, waris, bank, pemaju atau pihak berkuasa berkaitan.

Bila perkara ini jelas, barulah lebih mudah menentukan dokumen, kos dan langkah seterusnya.

Kenapa perkara ini lebih baik disemak awal?

Bukan setiap isu bermaksud transaksi tidak boleh diteruskan.

Tetapi perkara yang ditemui lewat biasanya lebih sukar untuk diuruskan.

Ia boleh menyebabkan:

Transaksi mengambil masa lebih lama daripada dijangka

Contohnya jika consent, redemption, dokumen pusaka atau kedudukan hak milik hanya diketahui selepas proses bermula.

Anda perlu menyediakan wang yang tidak dijangka

Jumlah pembiayaan, deposit, stamp duty, kos transaksi dan baki yang perlu disediakan boleh berubah mengikut keadaan transaksi.

Anda sudah membuat komitmen sebelum kedudukan sebenar jelas

Contohnya booking sudah dibayar atau dokumen sudah ditandatangani sebelum isu hak milik atau penjual dikenal pasti.

Pihak lain tidak bersedia

Transaksi hartanah melibatkan lebih daripada satu pihak. Bank, penjual, pembeli, waris, pemaju atau pejabat berkaitan mungkin perlu bergerak dalam urutan tertentu.

Tujuannya bukan untuk menjadikan transaksi kelihatan rumit.

Tujuannya supaya anda tahu apa yang sedang berlaku sebelum anda terlalu jauh membuat komitmen.

Kami tidak bermula dengan dokumen. Kami bermula dengan transaksi.

Apabila anda hubungi ASCOLAW, perkara pertama yang perlu difahami bukan semata-mata:

“Dokumen apa nak buat?”

Kami mahu faham dahulu:

1

Apa yang anda mahu lakukan?

Beli, jual, pindah milik, pembiayaan, pusaka atau menyelesaikan isu pada hak milik?

2

Siapa pihak yang terlibat?

Siapa pemilik? Siapa pembeli? Siapa penjual? Ada waris atau pihak lain?

3

Apa status hartanah?

Jenis hak milik, nama pemilik berdaftar, gadaian, kaveat, sekatan dan perkara lain yang berkaitan.

4

Ada pembiayaan, consent atau keperluan tambahan?

Ini menentukan dokumen dan urutan proses.

5

Apakah laluan guaman yang sesuai?

Selepas kedudukan transaksi difahami, barulah skop kerja guaman, dokumen dan langkah seterusnya boleh ditentukan dengan lebih tepat.

Faham transaksikenal pasti laluansemak kedudukantentukan kerja guamanlaksanakan transaksi.

Urusan mana yang berkaitan dengan anda?

Beli Rumah atau Hartanah Subsale

Untuk pembeli yang sudah mengenal pasti hartanah atau sedang berurusan dengan penjual / ejen dan mahu transaksi pembelian diuruskan dengan betul.

Lihat Perkhidmatan Pembeli Subsale →

Jual Rumah atau Hartanah

Untuk pemilik yang mempunyai pembeli atau sedang membuat persediaan untuk menjual hartanah.

Lihat Perkhidmatan Penjual Subsale →

Tukar Nama / Pindah Milik

Untuk pindah milik sesama keluarga atau perubahan pemilikan lain yang bukan jual beli biasa.

Lihat Perkhidmatan Pindah Milik →

Dokumentasi Pembiayaan

Untuk urusan pinjaman bank, LPPSA atau dokumentasi berkaitan pembiayaan hartanah.

Lihat Perkhidmatan Pembiayaan →

Hartanah Pusaka

Untuk hartanah yang masih atas nama seseorang yang telah meninggal dunia atau perlu diselesaikan melalui proses pentadbiran pusaka yang sesuai.

Lihat Perkhidmatan Pusaka →

Hak Milik dan Urusan Berkaitan Geran

Untuk perkara seperti perfection, discharge, geran hilang atau isu lain yang berkaitan dengan status hak milik.

Apa berlaku kalau anda hantar pertanyaan?

  1. 1

    Anda hantar maklumat ringkas

    Beritahu kami apa yang anda mahu lakukan, lokasi hartanah dan tahap urusan sekarang.

  2. 2

    Kami kenal pasti jenis urusan

    Kami lihat sama ada perkara anda melibatkan jual beli, pindah milik, pembiayaan, pusaka, hak milik atau urusan lain.

  3. 3

    Kami lihat apa yang perlu diketahui terlebih dahulu

    Bergantung pada keadaan, mungkin ada maklumat atau dokumen yang perlu disemak sebelum skop boleh ditentukan.

  4. 4

    Kami terangkan langkah seterusnya

    Jika perkara itu dalam skop yang kami boleh bantu, kami akan terangkan cadangan kerja guaman, engagement dan maklumat yang diperlukan.

  5. 5

    Selepas pelantikan, kerja guaman bermula

    Selepas skop dan pelantikan dipersetujui, barulah kerja guaman untuk perkara anda dilaksanakan.

Berapa kos untuk urusan hartanah saya?

Kos tidak semestinya sama untuk setiap urusan hartanah.

Ia boleh bergantung pada perkara seperti:

jenis transaksi, nilai hartanah, skop kerja guaman, pembiayaan, consent yang diperlukan, stamp duty, disbursement dan keadaan hak milik.

Sebab itu, kalau anda belum pasti perkhidmatan yang anda perlukan, anda tidak perlu cuba meneka kos terlebih dahulu.

Beritahu kami keadaan transaksi.

Kami tentukan skop yang berkaitan dahulu supaya sebut harga boleh diberikan berdasarkan urusan sebenar anda.

Ceritakan urusan hartanah anda

Tak perlu tahu istilah undang-undang yang betul.

Jawab beberapa soalan ringkas supaya kami boleh faham apa yang anda mahu lakukan dan kedudukan semasa.

Apa yang anda mahu buat?

Pilih satu jawapan di atas untuk teruskan.

Soalan Lazim

Bila saya patut hubungi lawyer?

Sebaiknya sebelum anda membuat komitmen yang sukar diubah, terutama jika anda belum jelas tentang pemilik, hak milik, deposit, pembiayaan atau dokumen yang perlu ditandatangani.

Kalau transaksi sudah bermula, anda masih boleh terangkan tahap semasa supaya kami boleh lihat apa yang perlu dibuat seterusnya.

Loan belum lulus. Boleh saya hubungi lawyer dahulu?

Boleh. Status pembiayaan adalah salah satu perkara yang perlu difahami dalam transaksi. Anda boleh beritahu kami sama ada loan belum dimohon, sedang diproses atau sudah diluluskan.

Rumah penjual masih ada loan bank. Boleh dijual?

Ini perkara yang biasa berlaku dalam transaksi subsale. Pinjaman sedia ada biasanya perlu diambil kira dalam proses penyelesaian dan pelepasan gadaian. Cara tepatnya bergantung pada keadaan hartanah dan pembiayaan.

Nama orang yang menjual tidak sama dengan nama dalam geran. Boleh teruskan?

Jangan anggap kedudukannya sama untuk setiap kes. Perlu diketahui dahulu mengapa nama berbeza dan sama ada orang tersebut mempunyai kuasa yang sah untuk menjual.

Kalau pemilik sudah meninggal dunia, boleh terus buat SPA?

Ia bergantung pada kedudukan pusaka dan siapa yang mempunyai kuasa untuk bertindak bagi harta tersebut. Biasanya perkara itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum transaksi jual beli boleh distrukturkan dengan betul.

Saya tak pasti perkhidmatan mana yang saya perlukan. Apa perlu saya buat?

Tak perlu pilih nama servis dengan tepat.

Beritahu kami apa yang anda mahu lakukan dengan hartanah tersebut dan apa yang sudah berlaku setakat ini. Dari situ kami boleh lihat jenis urusan yang berkaitan.

Berapa lama urusan hartanah biasanya mengambil masa?

Tempoh bergantung pada jenis urusan dan faktor seperti status hak milik, bank, consent, dokumen pihak-pihak serta proses pihak ketiga.

Selepas keadaan perkara anda diketahui, barulah jangkaan proses boleh diterangkan dengan lebih bermakna.

Tak pasti urusan anda masuk kategori yang mana?

Anda tidak perlu tahu nama dokumen atau proses undang-undang terlebih dahulu.

Beritahu kami:

apa yang anda mahu lakukan, di mana hartanah itu berada, siapa yang terlibat dan apa yang sudah berlaku setakat ini.

Kami akan lihat jenis urusan yang berkaitan dan apakah langkah seterusnya.

Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.