
Pejabat di Kuala Lumpur & Johor Bahru
Peguam Hartanah Berdekatan Anda
Untuk urusan beli, jual, pembiayaan semula, LPPSA dan pindah milik. Taip bandar anda untuk melihat pejabat ASCOLAW dan halaman kawasan yang terdekat.
Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang
Isnin–Jumaat, 8:30 pagi–5:30 petang. Waktu pada cuti umum mungkin berbeza.
Pejabat kami
Dua pejabat, satu pasukan hartanah. Waktu pejabat: Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Pejabat Kuala Lumpur
Tetuan Akmal Saufi & CoLevel 25, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-5870 5164
Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Pejabat Johor Bahru
Tetuan Akmal Saufi & CoF-04-08, Komersial Southkey Mozek
Persiaran Southkey 1, Southkey
80150 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-291 4272
Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Perlukah peguam hartanah anda berada berdekatan?
Tidak semestinya. Kerja peguam hartanah terikat kepada pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan di mana hartanah itu didaftarkan, bukan kepada tempat anda tinggal. Carian, penyeteman dan pendaftaran dibuat di pejabat tanah yang betul bagi hartanah anda, dan kebanyakan kerja lain — menyemak dokumen, menjawab soalan dan menyediakan perjanjian — boleh dimulakan dengan salinan dokumen anda.
Jika sesuatu dokumen perlu ditandatangani di hadapan saksi yang layak, kami akan maklumkan bila dan bagaimana ia boleh diatur, di pejabat kami di Kuala Lumpur atau Johor Bahru atau di tempat anda.
Namun ada yang lebih selesa dengan peguam yang boleh dikunjungi. Pejabat kami di Kuala Lumpur (Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang) dan Johor Bahru (Southkey), dan pasukan hartanah kami mengendalikan urusan di sekitar Lembah Klang, Johor dan Perak.
Perkara untuk disemak semasa memilih peguam hartanah
- Berdaftar dan beramalPeguam mesti mempunyai sijil amalan yang sah. Anda boleh menyemak nama peguam dalam direktori dalam talian Majlis Peguam Malaysia.
- Sebut harga bertulisYuran guaman bagi perjanjian jual beli dan dokumen pinjaman di Semenanjung Malaysia mengikut skala Perintah Saraan Peguamcara 2023. Minta sebut harga yang memisahkan yuran, disbursement dan cukai perkhidmatan.
- Siapa yang mengendalikan fail andaTanya siapa yang akan menguruskan fail dan bagaimana anda akan dihubungi sepanjang proses.
- Panel pembiayaanJika anda menggunakan pinjaman bank atau LPPSA, semak sama ada firma boleh bertindak untuk dokumen pembiayaan tersebut.
Kawasan yang kami liputi
Halaman kawasan kami menerangkan pejabat tanah dan majlis tempatan bagi setiap kawasan.
Kuala Lumpur · 12 kawasan
Selangor · 35 kawasan
Putrajaya · 1 kawasan
Soalan lazim
Adakah peguam hartanah berdekatan dengan saya?
Perlukah saya berjumpa peguam secara bersemuka?
Apakah waktu pejabat anda?
Bolehkah anda uruskan hartanah yang jauh dari pejabat anda?
Berapakah kos peguam hartanah?
Bagaimana saya semak sama ada peguam itu berdaftar?
Mahu semak urusan hartanah anda?
Beritahu kami secara ringkas apa yang anda mahu lakukan. Kami membalas dalam masa 30 minit pada waktu pejabat. Menghantar pertanyaan tidak bermakna anda telah melantik ASCOLAW.
Urusan mana yang berkaitan dengan anda?
Beli Rumah atau Hartanah Subsale
Untuk pembeli yang sudah mengenal pasti hartanah atau sedang berurusan dengan penjual / ejen dan mahu transaksi pembelian diuruskan dengan betul.
Lihat Perkhidmatan Pembeli Subsale →Jual Rumah atau Hartanah
Untuk pemilik yang mempunyai pembeli atau sedang membuat persediaan untuk menjual hartanah.
Lihat Perkhidmatan Penjual Subsale →Tukar Nama / Pindah Milik
Untuk pindah milik sesama keluarga atau perubahan pemilikan lain yang bukan jual beli biasa.
Lihat Perkhidmatan Pindah Milik →Dokumentasi Pembiayaan
Untuk urusan pinjaman bank, LPPSA atau dokumentasi berkaitan pembiayaan hartanah.
Lihat Perkhidmatan Pembiayaan →Hartanah Pusaka
Untuk hartanah yang masih atas nama seseorang yang telah meninggal dunia atau perlu diselesaikan melalui proses pentadbiran pusaka yang sesuai.
Lihat Perkhidmatan Pusaka →Hak Milik dan Urusan Berkaitan Geran
Untuk perkara seperti perfection, discharge, geran hilang atau isu lain yang berkaitan dengan status hak milik.
Apa berlaku kalau anda hantar pertanyaan?
- 1
Anda hantar maklumat ringkas
Beritahu kami apa yang anda mahu lakukan, lokasi hartanah dan tahap urusan sekarang.
- 2
Kami kenal pasti jenis urusan
Kami lihat sama ada perkara anda melibatkan jual beli, pindah milik, pembiayaan, pusaka, hak milik atau urusan lain.
- 3
Kami lihat apa yang perlu diketahui terlebih dahulu
Bergantung pada keadaan, mungkin ada maklumat atau dokumen yang perlu disemak sebelum skop boleh ditentukan.
- 4
Kami terangkan langkah seterusnya
Jika perkara itu dalam skop yang kami boleh bantu, kami akan terangkan cadangan kerja guaman, engagement dan maklumat yang diperlukan.
- 5
Selepas pelantikan, kerja guaman bermula
Selepas skop dan pelantikan dipersetujui, barulah kerja guaman untuk perkara anda dilaksanakan.
Berapa kos untuk urusan hartanah saya?
Kos tidak semestinya sama untuk setiap urusan hartanah.
Ia boleh bergantung pada perkara seperti:
jenis transaksi, nilai hartanah, skop kerja guaman, pembiayaan, consent yang diperlukan, stamp duty, disbursement dan keadaan hak milik.
Sebab itu, kalau anda belum pasti perkhidmatan yang anda perlukan, anda tidak perlu cuba meneka kos terlebih dahulu.
Beritahu kami keadaan transaksi.
Kami tentukan skop yang berkaitan dahulu supaya sebut harga boleh diberikan berdasarkan urusan sebenar anda.
Ceritakan urusan hartanah anda
Tak perlu tahu istilah undang-undang yang betul.
Jawab beberapa soalan ringkas supaya kami boleh faham apa yang anda mahu lakukan dan kedudukan semasa.