Siasatan Bagi Pembelian Aset Hartanah Bernilai RM2 Juta & Ke Atas Seperti Rumah Di Selangor
•
Hartanah


Ringkasnya: Bagi hartanah bernilai RM2 juta ke atas di Selangor, Pejabat Tanah Daerah akan menjalankan siasatan (temu bual) dengan penjual, pembeli dan peguam masing-masing sebelum pindah milik boleh didaftarkan — selepas Sijil Setem diperoleh dan Borang 14A ditandatangani. Ini terpakai kepada kedua-dua pihak, penjual dan pembeli.
Jika anda ada niat untuk membeli rumah atau aset hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas, anda perlu ambil maklum bahawa dalam proses transaksi pindahmilik geran kelak antara penjual dan pembeli, sebuah siasatan akan dilaksanakan sebelum geran tanah boleh didaftarkan atas nama anda. Proses ini adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan dan jika tidak dilaksanakan atau gagal akan mengakibatkan transaksi anda tergantung.
Bila Siasatan Transaksi Pembelian Bagi Aset Bernilai RM2juta dan ke atas akan dilakukan?
Jika anda membeli nilai hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas dalam negeri Selangor, siasatan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah sebelum anda boleh menukarkan nama Vendor (Penjual) ke atas nama anda setelah Sijil Setem telah diperoleh dari LHDN dan Borang 14A telah ditandatangani.
Tujuan Siasatan Bagi Pembelian Hartanah Bernilai RM2juta
Siasatan ini merupakan proses yang penting agar penjual dan pembeli mengetahui akan transaksi yang mereka terlibat dan memastikan segala maklumat penting seperti sumber pendapatan, tujuan transaksi serta tiada elemen penipuan berlaku.
Siapakah Yang Akan Melaksanakan Siasatan Transaksi Hartanah Ini?
Siasatan ini akan dilakukan oleh Penolong Pentadbir Tanah.
Siapakah Yang Akan Disoal Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Ini?
Antara pihak dan individu yang akan disoal adalah seperti berikut, sama ada anda penjual mahupun pembeli:
Penjual (Vendor)
Pembeli (Purchaser)
Peguam Penjual
Peguam Pembeli
"Ramai klien fikir siasatan ini hanya isu pembeli, sedangkan penjual turut disoal secara berasingan — tentang bidang perniagaan, sama ada anda sedar transaksi sebenar, dan tujuan jualan. Sediakan bukti dan dokumen anda sendiri, jangan bergantung sepenuhnya pada pihak satu lagi," — Akmal Saufi Mohamed Khaled, Peguam & Peguambela, Tetuan Akmal Saufi & Co.
Persediaan Yang Rapi Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta
Dalam siasatan ini adalah amat penting untuk anda bersedia dari segi jawapan dan dokumen yang diperlukan agar membolehkan anda bergerak satu langkah lebih dekat untuk mendapatkan hak pemilikan secara sah ke atas hartanah yang anda beli (atau, bagi penjual, menyelesaikan jualan anda). Peguam anda akan membantu anda untuk menyediakan dokumentasi yang diperlukan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta
Antara dokumen yang diperlukan dalam siasatan transaksi hartanah ini yang perlu disediakan adalah;
Salinan geran berkenaan hartanah tersebut
Salinan perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli berkenaan hartanah tersebut
Salinan Borang MOT 14A yang sudah tandatangani kedua belah pihak
Sijil Setem LHDN bagi Surat Cara MOT 14A
Salinan Dokumen Pengesahan Pembeli/Penerima Biometrik
Salinan Surat Setuju & Arahan Lepas Wang Pinjaman kepada Peguam Penjual sebagai pemegang taruhan (jika Pembeli membuat pinjaman)
Salinan cukai pintu (jika rumah/bangunan) & cukai tanah terbaru
Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli
Anda juga diingatkan untuk meminta peguam anda hadir. Peguam yang dilantik perlu membawa Cop Firma.
Apakah Dokumen Yang Akan Dikaji Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta
Ketika siasatan, pegawai akan melihat perkara ini;
Kad Pengenalan Penjual
Kad Pengenalan Pembeli
Salinan Biometrik Penjual
Salinan Biometrik Pembeli
Salinan Borang 14A MOT
Geran Asal
Apakah Antara Soalan Yang Selalunya Akan Ditanya Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta
Ketika siasatan, pegawai akan menanyakan soalan berikut;
A. Soalan Kepada Penjual Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas
Apakah bidang perniagaan atau kerjaya penjual
Siapa mewakili Penjual
Adakah Penjual tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti
Berapakah nilai transaksi
Tujuan transaksi oleh Penjual
B. Soalan Kepada Pembeli Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas
Apakah bidang perniagaan atau kerjaya pembeli
Siapa mewakili Pembeli
Adakah Pembeli tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti. Pinjaman bank. Bank apa. Bayaran telah dibuat.
Berapakah nilai transaksi
Tujuan transaksi oleh Pembeli
Dokumen Perlu Anda Dapat Setelah Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan Ke Atas Berjaya
Di akhir siasatan ini, anda akan menerima satu salinan Borang Siasatan Bagi Urusan Pindah Milik Tanah. Salinan itu akan diakui sah oleh pegawai yang menyiasat anda. Dokumen ini penting bagi membolehkan langkah seterusnya dilaksanakan iaitu pendaftaran pembeli ke atas geran tanah.
Soalan Lazim
Adakah siasatan ini hanya untuk pembeli, atau penjual juga terlibat?
Kedua-dua pihak terlibat. Penjual turut disoal secara berasingan mengenai bidang perniagaan, pengetahuan tentang transaksi, dan tujuan jualan.
Apa berlaku jika saya (atau pihak satu lagi) gagal hadir siasatan?
Transaksi anda boleh tergantung kerana pindah milik tidak dapat didaftarkan tanpa Borang Siasatan yang sah daripada Pejabat Tanah.
Adakah siasatan ini terpakai di semua negeri, atau Selangor sahaja?
Amalan dan ambang nilai boleh berbeza mengikut negeri. Panduan ini fokus kepada amalan Pejabat Tanah Daerah di Selangor — sahkan keperluan sebenar dengan peguam anda mengikut negeri hartanah anda. Jika anda memerlukan bantuan atau peguam bagi transaksi anda, peguam ASCOLAW sedia membantu.
Baca juga
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Nak Buat Pindah Milik Kasih Sayang? Apa Peguam Akan Semak Sebelum Proses Dimulakan
Pindah Milik Rumah Antara Ahli Keluarga: Bila Ia Boleh Dibuat Atas Dasar Kasih Sayang?
Macam Mana Nak Tahu Kalau Sebut Harga Peguam Anda Terlebih (Overcharge)?
Dokumen Untuk Jual Rumah Subsale: Apa Penjual Perlu Sediakan Kepada Peguam?
Nak Quotation Peguam Untuk Jual Rumah Subsale? Ini Maklumat dan Dokumen Yang Perlu Dihantar
Jual Rumah Masih Ada Loan Bank: Apa Penjual Perlu Tahu Tentang Redemption?
Bila Penjual Akan Terima Baki Harga Jual Rumah Subsale?
Peguam Perintah Jualan Mahkamah: Skop, Dokumen, Kos dan Cara Dapatkan Quotation
Jual Rumah Leasehold: Bila Penjual Perlu Consent Pihak Berkuasa Negeri?
Dah Dapat Perintah Pengesahan Hibah: Apa Perlu Buat Seterusnya Dengan Rumah atau Tanah?


