Pengecualian CKHT Skim Penjana - Kelebihan Anda Menjual Rumah Subsale Sebelum 31 Disember 2021
Bidang Amalan
Hartanah

Kemas kini penting (2026): Pengecualian CKHT di bawah skim PENJANA ialah insentif COVID-19 yang bersifat sementara — ia hanya terpakai bagi pelupusan hartanah kediaman antara 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021 dan telah tamat. Artikel ini dikekalkan sebagai rujukan sejarah. Kedudukan semasa: bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap, kadar RPGT/CKHT bagi pelupusan pada tahun keenam dan seterusnya kini adalah 0% (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022). Kadar penuh semasa: dalam tempoh 3 tahun 30%, tahun ke-4 20%, tahun ke-5 15%, tahun ke-6 dan seterusnya 0%. Warga asing dan syarikat: 30% bagi 5 tahun pertama dan 10% mulai tahun ke-6.
Sebagai pemilik aset rumah sudah pasti kita ingin memaksimumkan pulangan dan keuntungan yang anda ingin peroleh dari penjualan rumah anda kepada pembeli.
Di bawah skim Penjana yang diumumkan kerajaan, sebagai pemilik rumah pada masa itu berpeluang mendapat pengecualian cukai CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah). Skim ini telah tamat pada 31 Disember 2021 dan tidak lagi terpakai.
Dalam artikel ini kita akan fahami;
Apakah itu CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah
Undang-undang CKHT
Cara Kira CKHT
Berapakah Kadar CKHT sebelum perlaksanaan Skim Penjana
Berapakah Kadar CKHT selepas perlaksanaan Skim Penjana
Syarat Pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana
Tindakan Yang Perlu Anda Ambil Segera
Apakah itu CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah?
CKHT merupakan cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap penjual hartanah yang menjual hartanah subsale mereka.
Undang-undang CKHT
Undang-undang yang mengawal selia Cukai Keuntungan Hartan Tanah adalah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Cara Kira CKHT
Kerajaan mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas keuntungan yang diperoleh oleh Penjual hartanah apabila membuat transaksi pertukaran hakmilik aset kepada pembeli.
Pengiraan keuntungan adalah dengan membandingkan harga yang dibayar oleh Penjual ketika seseorang Penjual itu memeroleh nilai hartanah tersebut dengan harga yang diperoleh dijual kepada Pembeli sedia ada.
Berapakah kadar CKHT sebelum tawaran Penjana yang diumum Kerajaan?
Sebelum pengumuman pengecualian CKHT yang diumumkan kerajaan, seseorang penjual individu perlu membayar cukai CKHT berdasarkan nilai berikut;
Waktu Pelupusan Aset Hartanah | Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT |
|---|---|
Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah | 30% |
Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah | 20% |
Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah | 15% |
Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah | 5% |
Nota kemas kini: Skim pengecualian CKHT Penjana ialah insentif sementara bagi tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021 dan telah tamat. Bagi warganegara dan Penduduk Tetap, kadar RPGT/CKHT bagi pelupusan pada tahun keenam dan seterusnya kini adalah 0% (berkuat kuasa mulai 2022).
Berapakah kadar CKHT anda boleh nikmati melalui Skim Penjana?
Jika anda memenuhi kesemua syarat skim Penjana bagi tujuan pengecualian CKHT, anda berupaya untuk menikmati kadar cukai CKHT seperti berikut;
Waktu Pelupusan Aset Hartanah | Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT (Sebelum Skim Penjana) | Kadar Cukai CKHT Dengan Skim Penjana |
|---|---|---|
Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah | 30% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah | 20% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah | 15% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah | 5% | 0% |
Syarat Pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana
Jika anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah, anda layak untuk mendapat pengecualian daripada pemakaian Jadual 5 Akta CKHT. Ini adalah berdasarkan Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020.
Antara syarat yang perlu anda penuh bagi pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana adalah;
Anda merupakan warganegara Malaysia;
Harta yang anda lupuskan (jual) adalah hartanah rumah kediaman dan tidak melebihi 3 buah harta kediaman;
Harta yang dijual itu tidak diperoleh oleh Penjual dalam tempoh 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 melalui transaksi pindah milik antara suami dan isteri atau pemberi antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak,datuk nenek dan cucu;
Perjanjian Jual Beli ditandatangan dan disempurnakan selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021. Perjanjian ini mestilah disetemkan tidak lewat daripada 31 Januari 2022.
Proses-proses lain dalam Akta CKHT
Melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020 ia telah menyatakan bahawa prosedur atau langkah lain dalam proses CKHT mengikut Akta CKHT tetaplah terpakai.
Tindakan Yang Ada Perlu Ambil Segera
Disebabkan masa yang suntuk oleh kerana Skim PENJANA telah tamat pada 31 Disember 2021, jadi pengecualian khas ini tidak lagi terpakai. Namun, langkah persediaan berikut tetap berguna bagi mana-mana penjual hartanah. Antaranya;
Pastikan anda berhak untuk membuat transaksi dengan memastikan anda mempunyai geran tanah di atas nama anda. Jika geran tanah anda masih di atas nama pemaju anda perlu membuat Perfection of Transfer.
Pastikan anda mempunyai dokumen fizikal geran tanah anda.
Anda perlu memastikan bahawa pembeli sudah ada, layak membeli serta bersedia untuk membayar deposit dan permohonan pinjaman bank agar membolehkan transaksi berjalan dengan lancar.
Dokumen-dokumen percukaian hartanah rumah anda seperti Cukai Tanah dan Cukai Taksiran dibayar.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau nasihat lain, peguam ASCO Law sedia membantu anda.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Buang & Tarik Balik Kaveat Tanah: 3 Kaedah (2026)
Cara Masuk Kaveat Tanah: Langkah, Borang 19B & Kos (2026)
Apa Itu Kaveat Tanah? Maksud, Cara Masuk & Cara Buang (Panduan 2026)
Apa Itu LPPSA? Maksud, Jenis Pinjaman, Kelayakan & Peranan Peguam
Refinance Rumah LPPSA ke Bank: Cara, Syarat, Kos & Proses
Proses Beli Rumah Subsale Guna LPPSA: Langkah demi Langkah
Refinance Rumah: Kos Guaman, Dokumen & Proses Undang-undang (SRO 2023)
Loan Reject Selepas Tandatangan SPA: Apa Jadi Pada Deal & Deposit
Senarai Dokumen Jual Beli Rumah Sebelum Jumpa Peguam (Untuk Ejen)
Jual Rumah Pemilik Dah Meninggal: Apa Ejen Perlu Buat Sebelum Market