Berapa lamakah proses transaksi urusan beli rumah?
•
Hartanah


Anda sudah pun kenal pasti rumah yang anda ingin beli. Duit sudah dikumpulkan untuk memulakan transaksi. Peguam hartanah setelah semak geran tanah menasihati bahawa tiada masalah jika ingin meneruskan transaksi. Anda rasa teruja dan tidak sabar untuk memiliki rumah baru. Kini anda ingin tahu berapa cepat transaksi beli rumah ini boleh diselesaikan. Ada yang kata setahun. Ada yang kata enam bulan. Tetapi berapa lamakah sebenarnya proses ini akan mengambil masa untuk menjadikan anda sebagai pemilik yang sah kepada rumah tersebut?
Ringkasnya: Bagi rumah tanpa sekatan pada geran, proses biasanya mengambil masa 3 bulan (dengan lanjutan 1 bulan jika perlu) dari tarikh SPA lengkap ditandatangani — sama ada dibeli secara tunai atau pinjaman bank. Jika hartanah memerlukan kebenaran SUK Perumahan Negeri atau kebenaran penuh Pihak Berkuasa Negeri, tempoh boleh bertambah 3 hingga 9 bulan lagi.
Di bawah kami memberikan gambaran masa berdasarkan pengalaman kami dalam menyelesaikan transaksi beli rumah sebagai peguam hartanah. Tempoh ini dikira dari tarikh perjanjian ditandatangi dengan lengkap oleh pihak penjual dan pihak pembeli. Kadang-kala tarikh bermula dari tarikh surat tawaran pinjaman dari bank dikeluarkan.
No | Jenis Transaksi | Tempoh Masa Diperlukan |
|---|---|---|
1 | Pembelian rumah secara tunai dan tiada sebarang sekatan dalam Geran Tanah | Sekurang-kurangnya 3 bulan + 1 bulan (jika ada kelewatan) |
2 | Pembelian rumah secara pinjaman bank dan tiada sebarang sekatan di Geran Tanah | Sekurang-kurangnya 3 bulan + 1 bulan (jika ada kelewatan) |
3 | Jika memerlukan kebenaran dari SUK Perumahan Negeri tanpa perlu kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri | Pertambahan lagi 6 bulan dari tempoh masa Item No 1 atau No 2 (mana-mana yang terlibat) |
4 | Jika memerlukan kebenaran pindahmilik dari Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah Galian Negeri | Pertambahan lagi 3 bulan dari jumlah tempoh masa Item No 1/No 2 dan Item No 3 (jika ia melibatkan kebenaran dari SUK Perumahan Negeri) |
Jadual di atas adalah tidak mengambil kira jika berlakunya keadaan seperti penutupan pejabat kerajaan, kehilangan dokumen dan perkara-perkara lain diluar jangka. Oleh kerana masa yang diperlukan bagi setiap proses dan prosedur adalah lama, adalah sangat penting anda melantik peguam hartanah yang bertauliah dan berpengalaman agar proses perlaksanaan transaksi teratur, lengkap dan mengikut prosedur yang tepat. Ini mengelakkan sebarang kecuaian yang mengakibatkan kelewatan. Apatah lagi kerugian dalam transaksi beli rumah.
"Ramai pembeli terkejut apabila proses jadi lebih lama daripada dijangka — biasanya bukan kerana peguam lambat, tetapi kerana kebenaran pindah milik daripada Pihak Berkuasa Negeri belum diambil kira dalam perancangan awal. Semak status sekatan pada geran seawal mungkin, bukan selepas SPA ditandatangani," — Akmal Saufi Mohamed Khaled, Peguam & Peguambela, Tetuan Akmal Saufi & Co.
Soalan Lazim
Apa berlaku jika proses melebihi tempoh yang dianggarkan?
Kelewatan tidak semestinya bermakna ada masalah — faktor luar kawalan seperti pemprosesan pejabat kerajaan boleh menambah masa. SPA biasanya mengandungi peruntukan mengenai lanjutan dan faedah lewat bayar sekiranya tempoh asal tidak dipatuhi.
Bolehkah proses ini dipercepatkan?
Sebahagian langkah — seperti carian rasmi dan penyediaan dokumen — boleh dipercepatkan dengan menghantar dokumen lengkap seawal mungkin. Tetapi tempoh pemprosesan sesuatu pejabat kerajaan, terutamanya bagi kebenaran Pihak Berkuasa Negeri, berada di luar kawalan peguam.
Adakah tempoh ini sama untuk rumah subsale dan rumah baharu daripada pemaju?
Tidak semestinya. Rumah baharu daripada pemaju tertakluk kepada perjanjian berjadual (Jadual G atau H) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, dengan tempoh penyerahan yang berbeza. Panduan ini memberi tumpuan kepada transaksi subsale.
Kenapa peguam saya meminta salinan geran seawal mungkin?
Supaya sekatan kepentingan pada title dapat dikenal pasti lebih awal. Jika ada sekatan yang memerlukan kebenaran tambahan, tempoh sebenar transaksi anda dapat dianggarkan dengan lebih tepat sejak permulaan, bukan apabila SPA sudah ditandatangani. Nak anggaran tempoh untuk hartanah anda sendiri? Hubungi ASCOLAW untuk semakan awal, atau rujuk kiraan penuh kos guaman beli rumah untuk anggaran kos.
Baca juga
Perjanjian Jual Beli (SPA) Rumah Subsale: Terma, Kos & Proses Lengkap
Proses Jual Beli Tanah di Malaysia: Dengan Peguam vs Tanpa Peguam
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Nak Buat Pindah Milik Kasih Sayang? Apa Peguam Akan Semak Sebelum Proses Dimulakan
Pindah Milik Rumah Antara Ahli Keluarga: Bila Ia Boleh Dibuat Atas Dasar Kasih Sayang?
Macam Mana Nak Tahu Kalau Sebut Harga Peguam Anda Terlebih (Overcharge)?
Dokumen Untuk Jual Rumah Subsale: Apa Penjual Perlu Sediakan Kepada Peguam?
Nak Quotation Peguam Untuk Jual Rumah Subsale? Ini Maklumat dan Dokumen Yang Perlu Dihantar
Jual Rumah Masih Ada Loan Bank: Apa Penjual Perlu Tahu Tentang Redemption?
Bila Penjual Akan Terima Baki Harga Jual Rumah Subsale?
Peguam Perintah Jualan Mahkamah: Skop, Dokumen, Kos dan Cara Dapatkan Quotation
Jual Rumah Leasehold: Bila Penjual Perlu Consent Pihak Berkuasa Negeri?
Dah Dapat Perintah Pengesahan Hibah: Apa Perlu Buat Seterusnya Dengan Rumah atau Tanah?


