Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

11 Perkara Anda Perlu Berhati-Hati Dengan Ejen atau Agent Hartanah Jual Beli Rumah Pada Tahun 2022

Diterbitkan

Diterbitkan


Jika agen hartanah yang anda lantik untuk urusan beli rumah anda buat seperti di dalam senarai "11 Perkara Anda Perlu Berhati-Hati Dengan Ejen Hartanah Jual Beli Rumah Pada Tahun 2022", anda perlu berjaga-jaga.

Sudahlah rumah yang hendak dibeli berharga ribuan malah boleh mencecah jutaan ringgit tetapi disebabkan kecuaian kita, bertambah-tambah pula kosnya.

Jadi sebagai bakal pembeli ini perkara yang kita perlu berhati-hati dengan ejen hartanah yang kita lantik.

1. Pastikan Agent Hartanah Anda Berdaftar

Ejen atau Agent tidak mahu tunjuk kad REN (Lesen Pendaftaran Di Bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta) mereka. Kad bisnes atau namecard bukan bukti lesen pendaftaran REN.Anda boleh melakukan semakan di laman web rasmi LPPEH di pautan ini.

2. Pendaftaran Lesen LPPEH Bukan Di Bawah Namanya Sendiri

Perlu mengelakkan diri anda dari Ejen menggunakan lesen Ejen Hartanah yang didaftarkan atas nama orang lain.

3. Agent Hartanah Mengenakan Nilai Komisyen Tidak Mengikut Undang-Undang

Jumlah bayaran komisyen tidak mengikut skala atau terlalu tinggi (melebihi 3% daripada jumlah jualan)

4. Agent Hartanah Menasihati Untuk Tidak Mendapatkan Pandangan Peguam Hartanah Terlebih Dahulu

Terma perjanjian ditentukan oleh ejen dan tanpa nasihat peguam. Seringkali mengatakan perjanjian tersebut adalah standard biasa.

5. Agent Hartanah Menjanjikan Bulan & Bintang

Menjanjikan bulan dan bintang untuk memastikan anda tandatangani perjanjian tanpa ketahui proses sebenar dan merujuk peguam.

6. Agent Hartanah Berdolak Dalih Dari Membuat Semakan Status Tanah

Tidak membuat semakan atau berdolak dalih untuk benarkan semakan dengan peguam terutamanya status tanah.

7. Agent Seperti Memaksa Mengambil Peguam Hartanah Mereka

Ejen seolah memaksa ambil peguam hartanah mereka kerana ejen hartanah berkemungkinan ambil komisyen dari peguam mereka cadangkan. Dapatkan peguam yang mudah berinteraksi secara terus tanpa agent sebagai orang tengah.

8. Agent Cuba Memberikan Nasihat Undang-Undang

Cuba menerangkan proses undang-undang walaupun bukan bidang mereka. Peguam akan dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal undang-undang yang dinasihati tidak seperti ejen hartanah. Peguam mempunyai insurans amalan guaman bagi menanggung sebarang kecuaian nasihat melibatkan sebarang transaksi melibatkan anak guam.

9. Agent Mengenakan Komisyen Kepada Penjual Dan Pembeli

Mengenakan komisyen kepada Pembeli walaupun ejen tersebut adalah ejen Penjual dan sebaliknya. Ejen hartanah tidak patut mengambil komisyen dari kedua-dua belah pihak mengikut undang-undang.

10. Agent Menggunakan Personal Account

Ejen minta bayaran deposit atau komisyen terus ke Personal Account ejen sedangkan mereka perlu meminta bayaran masuk ke akaun agensi ejen hartanah.

11. Agent Tidak Menggunakan Booking Form Rasmi

Ejen guna Booking Form / OTP BUKAN di bawah Letterhead Agensi Ejen Hartanah.

Lantik Peguam Hartanah Awal Supaya Tidak Ditipu

Peguam memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu pihak dalam urus niaga pemindahan hartanah antara pembeli dan penjual. Tujuan utama adalah untuk memastikan anda tidak ditipu oleh mana-mana pihak yang lain sepanjang urusan jual beli rumah anda. Selain itu, tugas peguam juga bergantung kepada situasi transaksi anda dan anda boleh merujuk kepada artikel kami tentang “Peguam Lantik Peguam Hartanah” di sini.

Anda boleh sahaja meneruskan untuk membeli rumah tanpa menggunakan peguam, tetapi anda perlu sedia maklum bahawa terdapat beberapa risiko jual beli tanah/rumah tanpa peguam. Sebagai contoh, proses/urusan jual beli akan menjadi lambat atau terdapat penangguhan. Hal ini demikian kerana, peguam adalah lebih berpengalaman dan mudah untuk berurusan dengan pihak yang lain seperti pemaju, bank, dan pejabat tanah.

Walaubagaimanapun, anda juga perlu tahu mengenai jaminan insuran peguam. Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap peguam anda, anda boleh mendapatkan pampasan melalui Perlindungan Insurans Profesional di mana perlindungan/jaminan ini adalah disediakan untuk melindungi profesional.

Anda boleh melantik peguam anda berdasarkan lokasi anda sendiri dan mudah seperti peguam hartanah Johor, peguam hartanah Selangor, peguam hartanah Kuala Lumpur, dan lain-lain. Tambahan pula, bagi anda yang hendak membeli rumah di bawah pinjaman LPPSA, anda juga boleh merujuk kepada artikel kami di sini.

Dapatkan gambaran jelas dari Peguam ASCO Law. Konsultasi percuma. Firma kami aktif melaksanakan transaksi rumah dan hartanah di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.