Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Refinance Rumah: Bagaimana Cara Refinance Pinjaman LPPSA

Diterbitkan

Diterbitkan

Last Update:

Last Update:

Oleh

Oleh

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Bidang Amalan

Perbankan & Pembiayaan

Hartanah

Untuk refinance pinjaman LPPSA, penjawat awam biasanya memindahkan pembiayaan daripada LPPSA ke bank (atau sebaliknya) bagi mendapat kadar lebih baik atau mengeluarkan ekuiti. Prosesnya melibatkan penyelesaian baki LPPSA, pelepasan gadaian/peletakhakan, dan penyediaan pembiayaan baharu — diuruskan melalui peguam panel.

Ringkasan pantas

  • Refinance LPPSA lazimnya memindahkan pembiayaan LPPSA ke bank (atau sebaliknya) untuk kadar lebih baik atau cash-out.

  • Proses melibatkan penyelesaian baki, pelepasan gadaian/peletakhakan, dan pembiayaan baharu — melalui peguam panel.

  • Timbang kadar tetap LPPSA berbanding kadar bank yang mungkin berubah sebelum bertukar.

Refinance Rumah: Apakah itu Refinance LPPSA?

Refinance Rumah: Bolehkah refinance pinjaman LPPSA kepada pinjaman bank?

Refinance Rumah: Mengapa Refinance Pinjaman LPPSA?

Refinance Rumah: Langkah-langkah Refinance Pinjaman LPPSA

Refinance Rumah: Pertimbangan Penting

Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan jangka panjang yang lazim bagi kebanyakan rakyat negara ini.

Satu daripada pilihan yang sering dipertimbangkan untuk menguruskan pinjaman ini secara lebih berkesan ialah dengan cara refinance atau pembiayaan semula.

Dalam hal ini, bagi penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), proses refinance mungkin agak berbeza berbanding pinjaman bank konvensional.

Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah dan beberapa aspek utama yang harus menjadi antara pertimbangan penting dalam melakukan refinance pinjaman LPPSA.

Refinance Rumah: Apakah itu Refinance LPPSA?

Pertama-tama, ini kena faham terlebih dahulu - apa itu refinance atau pembiayaan semula?

Dalam bahasa mudah faham, refinance atau pembiayaan semula adalah merujuk kepada proses mendapatkan pinjaman baharu untuk menggantikan pinjaman sedia ada.

Ini bertujuan mendapatkan terma dan syarat pinjaman yang lebih menguntungkan, seperti kadar faedah yang lebih rendah, tempoh pembayaran yang lebih panjang atau kedua-duanya sekali.

Bagi pinjaman LPPSA, refinance biasanya dilakukan dengan menukar pinjaman sedia ada itu kepada pinjaman bank konvensional.

Untuk lebih memahami LPPSA, anda dapat baca di sini.








Refinance Rumah: Bolehkah refinance pinjaman LPPSA kepada pinjaman bank?

Ini mungkin antara persoalan yang bermain di fikiran anda.

Refinance merupakan pembiayaan semula pinjaman. Ia melibatkan pembayaran pinjaman sedia ada dengan menggantikannya dengan pinjaman yang baharu dengan terma dan syarat yang berlainan.

Ia seperti meminjam wang sekali lagi dari bank (yang sedia ada atau yang baharu) di bawah perjanjian yang baharu bagi melangsaikan hutang pinjaman perumahan anda yang sedia ada.

Jika anda ingin membuat refinance pinjaman LPPSA kepada pinjaman bank, anda juga boleh berbuat demikian.

Tetapi, mungkin ada yang tertanya, bukankah LPPSA mempunyai banyak kelebihan? Maka, mengapa mahu buat refinance?

Refinance Rumah: Mengapa Refinance Pinjaman LPPSA?

Lazimnya ada banyak sebab mengapa seseorang membuat refinance pinjaman LPPSA. Berikut sebahagian daripadanya.

  1. Kadar faedah lebih rendah: Bank-bank mungkin menawarkan kadar faedah yang lebih kompetitif berbanding LPPSA.

  2. Fleksibiliti: Pinjaman bank biasanya menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam penstrukturan semula pinjaman.

  3. Peluang untuk pengeluaran tunai: Sesetengah bank membenarkan pengeluaran tunai semasa refinance untuk tujuan-tujuan tertentu.

Sebab lain orang membuat refinance LPPSA ialah ia seolah-olah seseorang membuat pinjaman LPPSA yang kedua.

Ini adalah teknik yang tidak diketahui ramai. Bagi memohon pembiayaan kedua, adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan LPPSA sama ada baki pinjaman pertama perlu diselesaikan sepenuhnya, kerana syarat ini boleh berbeza mengikut kes.

Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripada pendapatan bersih, dan jumlah hutang keseluruhan tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih, mengikut mana yang lebih rendah.

Justeru, anda perlu semak baki pinjaman LPPSA untuk tahu ini. Untuk semakan LPPSA, anda boleh rujuk LPPSA online.

Refinance Rumah: Langkah-langkah Refinance Pinjaman LPPSA

Berikut ialah antara langkah yang perlu diikuti bagi membuat refinance pinjaman LPPSA.

  1. Semak kelayakan:

  • Pastikan tempoh pembayaran pinjaman LPPSA anda memenuhi syarat semasa LPPSA untuk refinance — tempoh minimum boleh berbeza, jadi sila semak terus dengan LPPSA.

  • Semak baki LPPSA semasa dan tempoh baki.

  1. Dapatkan kelulusan LPPSA:

  • Semak dengan LPPSA sama ada kebenaran bertulis diperlukan untuk melakukan refinance, dan jika perlu, mohon kebenaran tersebut.

  • Sediakan surat rasmi menyatakan hasrat untuk refinance dan sebab-sebabnya.

  1. Cari dan bandingkan tawaran bank:

  • Hubungi beberapa bank untuk mendapatkan pakej refinance.

  • Bandingkan kadar faedah, tempoh pinjaman dan yuran berkaitan.

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan:

  • Slip gaji terkini

  • Salinan kad pengenalan

  • Salinan geran harta

  • Penyata pinjaman LPPSA terkini

  1. Mohon pinjaman baharu:

  • Pilih bank yang menawarkan pakej terbaik.

  • Lengkapkan borang permohonan dan sertakan semua dokumen yang diperlukan.

  1. Penilaian harta:

  • Bank akan menjalankan penilaian semula harta anda.

  • Ini penting untuk menentukan nilai semasa dan jumlah pinjaman yang boleh ditawarkan.

  1. Kelulusan pinjaman:

  • Setelah diluluskan, bank akan mengeluarkan surat tawaran.

  • Baca dengan teliti dan fahami semua terma dan syarat sebelum menandatangani.

  1. Proses guaman:

  • Lantik peguam untuk menguruskan pemindahan hakmilik dan dokumentasi berkaitan.

  • Peguam akan menguruskan pelepasan gadaian dari LPPSA dan pendaftaran gadaian baharu kepada bank.

Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.

  1. Penyelesaian pinjaman LPPSA:

  • Bank baharu akan menyelesaikan baki pinjaman LPPSA.

  • Pastikan anda mendapat pengesahan pelepasan gadaian dari LPPSA.

Refinance Rumah: Pertimbangan Penting

Sebelum memutuskan untuk melakukan refinance pinjaman LPPSA, pertimbangkan faktor-faktor berikut:

  1. Kos refinance: Ambil kira yuran guaman, duti setem dan yuran pemprosesan bank.

  2. Tempoh pinjaman: Refinance untuk tempoh yang lebih panjang mungkin mengurangkan bayaran bulanan tetapi meningkatkan jumlah faedah yang perlu dibayar.

  3. Penalti prabayaran: Periksa sama ada LPPSA mengenakan sebarang penalti untuk penyelesaian awal.

  4. Kelayakan kredit: Pastikan rekod kredit anda baik untuk mendapatkan tawaran yang kompetitif dari bank.

Selain itu, ambil tahu mengenai beberapa perkara berikut sebelum membuat refinance LPPSA.

Tempoh terkunci (lock-in period)

Anda juga perlu tahu mengenai beberapa perkara teknikal. Ini termasuklah apa yang dikenali sebagai "tempoh terkunci (lock-in period)" bagi refinance atau pembiayaan semula pinjaman.

Biasanya ada tempoh terkunci yang ditetapkan pihak bank bagi menghalang penjualan rumah terlalu awal sebelum faedah dan prinsipal habis dibayar.

Kebiasaannya tempoh berkenaan adalah di antara tiga (3) tahun dan lima (5) tahun.

Kos pembiayaan semula

Ini juga penting untuk diperhatikan. Anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk perkara berkaitan.

Ini termasuklah yuran pemprosesan bank, bayaran guaman, duti setem, bayaran pelepasan, MRTA yang baharu dan yuran perjanjian jual beli (SPA).

Laporan CCRIS atau CTOS

Laporan ini menunjukkan tahap "kesihatan kewangan" semasa anda.

Ini termasuklah senarai pinjaman bank semasa, aset dan liabiliti dan kes kebankrapan atau senarai hitam, jika ada.

Kelulusan pinjaman oleh pihak bank banyak bergantung pada laporan CCRIS seseorang peminjam.

Ternyata refinance pinjaman LPPSA mampu menjadi strategi berkesan untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

Bagaimanapun, ia memerlukan perancangan teliti dan pertimbangan menyeluruh terhadap kos dan manfaat jangka panjang.

Sangat penting untuk membuat perbandingan menyeluruh dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan.

Dengan pendekatan yang bijak, refinance LPPSA boleh membantu anda menjimatkan wang dan mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat.

Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.

“Sebelum refinance keluar daripada LPPSA, ingat bahawa kelebihan LPPSA ialah kadar tetap dan bayaran stabil melalui potongan gaji. Pastikan kadar bank yang ditawarkan benar-benar menjimatkan selepas mengambil kira semua kos dan risiko kadar berubah.” — kata Akmal Saufi Mohamed Khaled, peguam & prinsipal ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co).

Soalan Lazim

Bolehkah pinjaman LPPSA di-refinance ke bank?

Ya. Penjawat awam boleh memindahkan pembiayaan LPPSA ke bank, biasanya untuk cash-out atau kadar tertentu. Ia memerlukan penyelesaian baki LPPSA dan pelepasan kepentingan LPPSA ke atas hartanah.

Apakah kos refinance pinjaman LPPSA?

Kos termasuk yuran guaman pembiayaan baharu (skala SRO 2023), duti setem 0.5% daripada jumlah pembiayaan, penilaian, dan kos pelepasan gadaian/peletakhakan sedia ada.

Patutkah saya refinance keluar daripada LPPSA?

Ia bergantung. LPPSA menawarkan kadar tetap yang stabil; bank mungkin menawarkan kadar lebih rendah tetapi boleh berubah. Bandingkan jumlah kos dan risiko sebelum membuat keputusan.

Perlukan bantuan peguam untuk urusan ini?

Peguam panel menguruskan dokumentasi pembiayaan dan pelepasan dalam refinance LPPSA. Pasukan peguam ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) boleh semak dokumen anda dan beri anggaran kos serta pelan tindakan yang jelas. Hubungi ASCOLAW untuk konsultasi ringkas.

Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja dan bukan nasihat guaman. Setiap kes adalah unik. Dapatkan nasihat khusus daripada peguam berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan.

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Managing Partner & Founder

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.