Apa Itu Skim Pembiayaan LPPSA Dan Apa Pilihan Anda Pada Tahun 2022
Bidang Amalan
Perbankan & Pembiayaan


Apa Itu Skim Pembiayaan LPPSA Dan Apa Pilihan Anda
Anda dikehendaki untuk memilih di antara dua jenis Skim Pembiayaan semasa membuat permohonan di atas talian Pembiayaan LPPSA iaitu sewaktu anda di halaman untuk mengisi maklumat awal pembiayaan anda.
Oleh hal demikian, cara pengurusan pinjaman anda tertakluk kepada jenis skim pembiayaan yang anda pilih. Skim pembiayaan kerajaan sediakan adalah terbahagi kepada dua iaitu:-
Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA) – Konvensional
Jika anda memilih untuk menggunakan jenis skim konvensional ini anda diwajibkan untuk mengambil insurans.
Dari segi kadar faedah pembiayaan SPPSA, kadar ditetapkan sebanyak 4% setahun atas amaun pembiayaan anda yang diluluskan. Perkiraan kadar faedah dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan.
Sekiranya berlaku kemungkiran atau ketidakpatuhan terhadap syarat pembiayaan SPPSA, kadar faedah siling sebanyak 7% setahun atas baki pokok boleh dikenakan, dan pelanggan biasanya perlu menyelesaikan baki tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan mengikut notis daripada LPPSA. Syarat khusus bagi peminjam yang meninggalkan perkhidmatan adalah dinasihatkan untuk disemak terus dengan LPPSA.
Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi) – Islamik
SPPSAi pula merupakan skim pembiayaan perumahan secara Islam yang pada asalnya dilaporkan berdasarkan Prinsip ‘Al- Bai Bithaman Ajil’ bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan hartanah yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran balik harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan dan dengan bayaran secara ansuran; struktur aqad semasa boleh berbeza mengikut LPPSA — sila semak terus dengan LPPSA untuk kepastian.
Bagi kadar keuntungan pembiayaan SPPSAi, kadar ditetapkan sebanyak 7% setahun. Pengiraan dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan. Peminjam akan terus menikmati kadar keuntungan 4% setahun melalui Prinsip Muqasah dalam setiap ansuran bayaran balik pembiayaan selagi peminjam berkhidmat dengan Kerajaan dan tidak melakukan kemungkiran.
Kedudukan Prinsip Muqasah bagi peminjam yang meninggalkan perkhidmatan boleh berbeza mengikut kes — adalah dinasihatkan untuk menyemak terus dengan LPPSA.
Tambahan pula, bagi perlindungan terhadap pinjaman, peminjam SPPSAi diwajibkan mengambil takaful.
Oleh hal demikian, pemilihan skim pembiayaan ini bergantung kepada anda sendiri sama ada anda memilih untuk konvensional atau secara Islam.
Kedua-dua skim ini mempunyai perbezaan yang besar berdasarkan kepada metodologi dokumentasi perundangan yang perlu dilaksanakan oleh peguam yang anda lantik untuk melaksanakan dokumentasi pembiayaan LPPSA.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Apa Itu LPPSA? Maksud, Jenis Pinjaman, Kelayakan & Peranan Peguam
Refinance Rumah LPPSA ke Bank: Cara, Syarat, Kos & Proses
Proses Beli Rumah Subsale Guna LPPSA: Langkah demi Langkah
Refinance Rumah: Kos Guaman, Dokumen & Proses Undang-undang (SRO 2023)
Cara Kira Kelayakan & Jumlah Pinjaman LPPSA Anda (2026)
Apa Itu LPPSA? Maksud, Cara Ia Berfungsi & Kelayakan Asas (2026)
Loan Reject Selepas Tandatangan SPA: Apa Jadi Pada Deal & Deposit
Peguam Panel LPPSA: Peranan, Yuran Guaman & Cara Lantik
Beli Rumah Subsale Tanpa Deposit & Full Loan: Boleh Ke?
SJKP: Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk Memiliki Rumah Pertama