
Perlu Urus Harta Pusaka Arwah, Tapi Tak Tahu Saluran Mana?
Pusaka Kecil, LA, Probet atau Amanah Raya. Namanya banyak, dan setiap satu untuk keadaan yang berbeza.
Mula di saluran yang salah boleh buat keluarga terpaksa mula semula. Semak dulu mana yang sesuai dengan pusaka arwah.
Jawab beberapa soalan asas tentang arwah dan hartanya. Kami bantu kenal pasti saluran yang patut dipertimbangkan.
Messrs Akmal Saufi & Co — Peguambela & Peguamcara, dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia.
Adakah Ini Keadaan Keluarga Anda?
Kalau ini keadaan anda, soalan pertama bukan “siapa dapat berapa”.
Soalan pertama ialah: saluran mana yang betul untuk pusaka ini?
Jawapan itu menentukan borang, pejabat, dan siapa yang akan ada kuasa untuk bertindak.
Masalah sebenar
Setiap Pusaka Ada Saluran Sendiri. Salah Pilih, Keluarga Mungkin Terpaksa Mula Semula.
Di Malaysia, tak ada satu pejabat yang uruskan semua pusaka.
Saluran ditentukan oleh beberapa perkara: ada wasiat atau tidak, arwah Muslim atau bukan Muslim, jenis harta, nilai pusaka dan sama ada waris boleh bekerjasama.
Contohnya, pusaka bukan Muslim yang ada wasiat biasanya tidak melalui Pusaka Kecil. Pusaka yang melebihi RM5 juta perlu melalui Mahkamah Tinggi.
Kalau salah pilih, permohonan mungkin tak boleh diteruskan di tempat itu, dan masa keluarga terbuang.
Jadi sebelum isi apa-apa borang, pastikan saluran dulu.
Enam Soalan Yang Menentukan Saluran Pusaka Arwah
Jawab soalan ini dulu. Ia beri gambaran awal ke mana pusaka arwah patut pergi.
Situasi anda
Keadaan Pusaka Arwah Yang Mana?
Pilih keadaan yang paling hampir. Ini gambaran awal sahaja. Saluran sebenar kami sahkan selepas semak.
Ada Wasiat
Kalau arwah bukan Muslim dan tinggalkan wasiat, wasi yang dinamakan biasanya perlu memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi sebelum boleh bertindak.
Kalau arwah Muslim, wasiat tertakluk kepada hukum syarak dan kedudukannya perlu disemak berasingan.
Langkah seterusnya: cari wasiat asal dan kenal pasti wasi.
Tiada Wasiat, Ada Rumah atau Tanah
Kalau nilai keseluruhan dalam had RM5 juta, Pusaka Kecil melalui Unit Pembahagian Pusaka (JKPTG) biasanya saluran pertama yang dilihat.
Kalau melebihi RM5 juta, saluran Surat Kuasa Mentadbir (LA) di Mahkamah Tinggi perlu dilihat. Di bawah RM5 juta pun, LA boleh dinilai dalam keadaan tertentu.
Langkah seterusnya: kumpul salinan geran dan senarai waris.
Hanya Duit dan Aset Alih
Kalau arwah tiada rumah atau tanah, dan hartanya hanya wang simpanan, saham, kenderaan dan seumpamanya, Amanah Raya Berhad boleh mengendalikan pentadbiran ringkas jika nilainya tidak melebihi RM600,000.
Bergantung pada nilai dan keadaan, saluran lain seperti Pusaka Kecil atau LA juga mungkin terpakai.
Langkah seterusnya: senaraikan akaun dan aset arwah dengan anggaran nilai.
Waris Tak Bekerjasama
Ada waris yang tak mahu hadir, tak mahu tandatangan atau sengaja melambatkan.
Ini tidak semestinya bermaksud pusaka tersekat. Tetapi jangan pilih saluran seolah-olah semua orang akan bekerjasama. Dalam keadaan ini, LA melalui Mahkamah Tinggi patut dinilai, walaupun nilai pusaka di bawah RM5 juta.
Langkah seterusnya: beritahu kami apa sebenarnya yang waris itu tak setuju.
Kenapa Perlu Tentukan Saluran Sekarang?
Menangguh keputusan saluran biasanya tak menyelesaikan apa-apa. Ia cuma menangguhkan semua perkara lain.
Harta arwah kekal tersekat
Selagi tiada sesiapa yang ada kuasa sah, duit bank arwah biasanya tak boleh dikeluarkan, rumah tak boleh dijual dan geran tak boleh ditukar nama.
Masa terbuang di saluran yang salah
Keluarga yang mula di tempat yang salah mungkin perlu kumpul dokumen dan mula semula di tempat lain.
Semak saluran dulu biasanya lebih cepat daripada betulkan kemudian.
Waris dan hutang boleh jadi lebih rumit
Kalau ada waris yang meninggal sebelum pusaka selesai, lapisan pusaka bertambah.
Loan rumah dan hutang arwah juga masih perlu diurus sebelum baki boleh dibahagikan.
Cara ASCOLAW melihat perkara ini
Bagaimana ASCOLAW Akan Lihat Pusaka Arwah?
Apa Yang Anda Boleh Buat Sekarang?
Senaraikan apa yang anda tahu: harta arwah, anggaran nilai, loan atau hutang, siapa waris dan ada wasiat atau tidak.
Kumpul sijil kematian, kad pengenalan arwah dan waris, salinan geran, penyata bank dan apa-apa dokumen wasiat.
Tak lengkap pun tak apa. Senarai kasar sudah cukup untuk kita mula.
Kami tentukan saluran berdasarkan fakta, bukan kebiasaan
Kami tak mula dengan: “Semua pusaka pergi pejabat tanah.” Kami juga tak mula dengan: “Semua pusaka kena ke mahkamah.”
Kami tengok wasiat, agama arwah, jenis dan nilai harta, dan keadaan waris. Kemudian kami terangkan saluran mana yang sesuai dan kenapa.
Kalau lebih daripada satu saluran boleh digunakan, kami terangkan beza setiap satu supaya keluarga boleh buat keputusan.
Apa Yang Kami Akan Tengok?
Wasiat. Ada wasiat atau tidak, dan siapa wasi yang dinamakan.
Agama arwah. Faraid untuk arwah Muslim; Akta Pembahagian 1958 atau wasiat untuk arwah bukan Muslim.
Jenis harta. Ada rumah atau tanah, atau hanya wang dan aset alih.
Nilai pusaka. Anggaran nilai keseluruhan harta arwah.
Waris. Siapa waris, di mana mereka, dan semua boleh bekerjasama atau tidak.
Masa dan tujuan. Ada rumah yang perlu dijual, loan yang perlu diselesaikan atau urusan lain yang mendesak.
Skop kerja kami
Apa Yang ASCOLAW Boleh Buat Untuk Keluarga Anda?
Bergantung pada saluran yang sesuai, kami boleh bantu:
- Semak keadaan pusaka dan terangkan saluran yang sesuai: Pusaka Kecil, LA, Probet atau Amanah Raya.
- Susun senarai waris, harta dan hutang arwah.
- Sediakan dan failkan permohonan Pusaka Kecil di Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan.
- Sediakan permohonan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet di Mahkamah Tinggi.
- Arahkan anda kepada Amanah Raya dan dokumen yang diperlukan, jika saluran itu lebih sesuai.
- Bantu langkah selepas kuasa atau perintah diperoleh, termasuk pindah milik rumah, urusan bank dan pembahagian.
Kenapa boleh percaya
Cara Kami Bantu Keluarga Pilih Saluran
Kerja pertama kami ialah pastikan keluarga berada di saluran yang betul. Barulah kerja lain bermula.
Kami tak kawal kelajuan Mahkamah, Unit Pembahagian Pusaka atau Amanah Raya.
Yang kami kawal ialah persediaan, dokumen, susulan dan komunikasi dengan anda.
Kos
Bagaimana Dengan Kos?
Saluran yang digunakan
Kerja untuk Pusaka Kecil, LA dan Probet tidak sama. Setiap saluran ada prosedur, dokumen dan fi pihak berkuasa masing-masing.
Jumlah harta dan waris
Satu rumah dan satu akaun bank tidak sama dengan pusaka yang ada beberapa tanah, saham dan puluhan waris, atau pusaka berlapis.
Isu dan kerja selepas kuasa diperoleh
Waris yang tak bekerjasama, wasiat yang dipertikai, atau kerja pindah milik dan jualan selepas perintah boleh menambah skop.
Kami semak keadaan pusaka dulu. Selepas itu barulah skop kerja dan sebut harga boleh diberikan dengan betul.
Bandingkan pilihan
Arwah Muslim atau Bukan Muslim — Apa Bezanya?
Agama arwah menentukan undang-undang pembahagian, dan kadang-kadang saluran yang terlibat.
Arwah Muslim, Tiada Wasiat
Harta dibahagi mengikut faraid. Salurannya biasanya Pusaka Kecil, LA di Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya, bergantung pada nilai dan jenis harta.
Untuk saluran Mahkamah Tinggi, sijil faraid daripada Mahkamah Syariah biasanya diperlukan.
Arwah Muslim, Ada Wasiat
Wasiat orang Islam tertakluk kepada hukum syarak. Biasanya ia terhad kepada satu pertiga harta dan tidak boleh diberikan kepada waris faraid kecuali dipersetujui waris lain. Baki harta tetap mengikut faraid.
Arwah Bukan Muslim, Tiada Wasiat
Harta dibahagi mengikut Akta Pembahagian 1958. Bahagian pasangan, anak dan ibu bapa ditentukan oleh akta itu, bukan semestinya sama rata.
Arwah Bukan Muslim, Ada Wasiat
Harta dibahagi mengikut wasiat. Wasi biasanya perlu dapatkan Geran Probet di Mahkamah Tinggi dulu sebelum boleh bertindak.
Proses
Kalau Anda Hubungi Kami, Apa Yang Akan Berlaku?
- 01
Anda ceritakan tentang arwah, harta yang ditinggalkan, wasiat dan siapa waris.
- 02
Kami semak maklumat dan dokumen awal yang anda ada.
- 03
Kami terangkan saluran yang sesuai dan kenapa, termasuk pilihan lain jika ada.
- 04
Kalau anda setuju, kami sahkan skop kerja dan senarai dokumen yang perlu dikumpul.
- 05
Kami sediakan dan failkan permohonan di tempat yang betul.
- 06
Permohonan diproses oleh Mahkamah atau pihak berkuasa berkenaan, dan kami maklumkan perkembangan kepada anda.
- 07
Selepas kuasa atau perintah diperoleh, kami bantu langkah seterusnya seperti pindah milik, urusan bank dan pembahagian.
Berapa lama?
Ia bergantung pada saluran, dokumen, kerjasama waris dan jadual Mahkamah atau pihak berkuasa.
Kalau masa penting kepada keluarga anda, beritahu kami dari awal.
Ceritakan Kepada Kami Keadaan Pusaka Arwah
Anda tak perlu tentukan saluran sendiri. Beritahu kami apa yang anda tahu.
Dalam mesej anda, beritahu kami:
- Arwah Muslim atau bukan Muslim
- Ada wasiat atau tidak
- Ada rumah atau tanah, dan di negeri mana
- Anggaran nilai keseluruhan harta arwah
- Berapa ramai waris, dan semua boleh bekerjasama atau tidak
- Ada urusan mendesak, contohnya rumah perlu dijual
Soalan lazim
Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Waris
Berapa kos untuk urus harta pusaka?
Bergantung pada saluran dan kerja yang terlibat.
Pusaka Kecil, LA dan Probet ada prosedur yang berbeza. Kami juga lihat jumlah harta, bilangan waris, dan sama ada ada isu kerjasama. Selepas semak, kami terangkan skop dan sebut harga.
Siapa yang boleh mula urus pusaka arwah?
Biasanya waris atau orang yang berkepentingan dalam pusaka, atau wasi yang dinamakan dalam wasiat.
Siapa yang sesuai memohon bergantung pada saluran. Kami terangkan selepas tahu keadaan pusaka.
Pusaka bawah RM5 juta mesti ke Pusaka Kecil?
Tak semestinya.
RM5 juta ialah had Pusaka Kecil. Tetapi kalau masa sangat penting atau jelas ada waris yang tak mahu bekerjasama, LA melalui Mahkamah Tinggi boleh juga dinilai. Kalau arwah bukan Muslim dan ada wasiat, salurannya biasanya Probet.
Mahkamah Tinggi lebih cepat daripada Pusaka Kecil?
Tak semestinya.
Kami tak akan kata mana-mana saluran pasti lebih cepat. Tempoh bergantung pada dokumen, kerjasama waris, jadual Mahkamah atau pihak berkuasa dan sama ada timbul bantahan.
Kalau masa penting, beritahu kami supaya ia diambil kira semasa memilih saluran.
Arwah hanya ada duit dalam bank. Perlu ke mahkamah?
Tak semestinya.
Kalau harta arwah hanya aset alih dan nilainya dalam had tertentu, Amanah Raya Berhad boleh mengendalikannya melalui pentadbiran ringkas. Kami semak sama ada saluran itu atau saluran lain lebih sesuai.
Duit KWSP atau insurans arwah termasuk dalam pusaka?
Bergantung.
Kalau ada penama, ia biasanya dibayar melalui saluran penama, bukan melalui permohonan pusaka biasa. Tetapi untuk arwah Muslim, penama tidak semestinya bermaksud wang itu miliknya seorang. Kedudukannya perlu disemak.
Kami jumpa wasiat arwah. Apa perlu buat?
Simpan wasiat asal dengan selamat. Jangan tanda, cabut staple atau ubah apa-apa.
Kalau arwah bukan Muslim, wasi yang dinamakan biasanya perlu memohon Geran Probet. Kalau arwah Muslim, kedudukan wasiat perlu disemak mengikut hukum syarak.
Ada waris di luar negara. Boleh teruskan?
Boleh.
Bergantung pada saluran, waris di luar negara biasanya masih boleh beri persetujuan atau dokumen yang diperlukan tanpa pulang ke Malaysia. Kami terangkan dokumen yang perlu ditandatangani dan di mana.
Rumah arwah masih ada loan. Macam mana?
Masih boleh diurus.
Kita perlu tahu baki loan, sama ada ada insurans atau takaful yang melindungi loan itu, dan apa yang keluarga mahu buat dengan rumah. Perkara ini mempengaruhi langkah selepas kuasa atau perintah diperoleh.
Saya nak rancang pusaka sendiri semasa masih hidup. Halaman ini untuk saya?
Bukan halaman ini.
Halaman ini untuk pusaka orang yang sudah meninggal dunia. Kalau anda mahu merancang semasa hidup, contohnya melalui wasiat atau hibah, beritahu kami dalam mesej dan kami arahkan kepada perkhidmatan yang betul.
Tak Pasti Saluran Pusaka Arwah? Mulakan Dengan Lima Soalan Mudah.
Muslim atau bukan Muslim. Ada wasiat atau tidak. Ada tanah atau hanya duit. Berapa anggaran nilai. Waris boleh bekerjasama atau tidak.
Jawapan itu sudah cukup untuk kami beri gambaran awal saluran mana yang patut dipertimbangkan.
Saluran yang betul dulu. Barulah kuasa, hutang dan pembahagian boleh bergerak.
Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.
