Panduan Lengkap Pinjaman LPPSA Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam 2022
Bidang Amalan
Perbankan & Pembiayaan
Hartanah

Pinjaman LPPSA ialah kemudahan pembiayaan perumahan eksklusif untuk penjawat awam, disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan. Ia menawarkan kadar keuntungan tetap yang rendah, jumlah pembiayaan diluluskan berdasarkan yang terendah antara harga rumah, nilaian JPPH, jumlah dipohon atau kelayakan pemohon, dan bayaran dibuat melalui potongan gaji.
Ringkasan pantas
LPPSA ialah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan yang membiayai perumahan penjawat awam.
Kelebihan: kadar tetap rendah, jumlah pembiayaan berdasarkan yang terendah antara harga rumah, nilaian JPPH atau kelayakan pemohon (tiada margin peratusan tetap), dan bayaran melalui potongan gaji.
Memerlukan peguam panel LPPSA untuk memproses dokumentasi pembiayaan.
Tujuan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Setiap individu berhasrat mempunyai atau membeli sebuah rumahnya sendirinya dari hasil titik pelunhnya. Tetapi dengan harga yang kian mahal, tidak mungkin individu berupaya membayar dengan sepenuhnya.
Oleh itu sebagai ahli pekerja sektor awam yang berkhidmat untuk negara tercinta kerajaan berusaha untuk memastikan peluang memiliki rumah bagi sektor awam boleh dicapai.
Agensi Berkaitan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Kerajaan persekutuan melalui Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam LPPSA yang merupakan badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia telah memberi mandat kepada agensi ini untuk memberikan pinjaman dan pembiayaan kepada sektor awam pada kadar yang lebih kompetitif daripada pihak swasta khas untuk sektor perkhidmatan awam. Buat suatu ketika agensi LPPSA ini dipanggil Bahagian Pinjaman Perumahan BPP.
Pemimjam Yang Dibenarkan LPPSA Untuk Memohon
Walaupun Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam LPPSA mensasarkan untuk pemimjam sektor khidmat awam, secara spesifik ia bukan lah bermaksud kesemua individu berkhidmat di dalam sektor awam layak.
Mengikut Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2025 yang dikeluarkan oleh LPPSA, berikut adalah individu yang layak untuk memohon pembiayaan LPPSA;
Anggota perkhidmatan awam, pasukan polis, tentera
Anggota pentadbiran persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik
Anggota pentadbiran negerei iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco/Ahli MMK)
Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
Anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat
Anggota Dewan Undangan Negeri
Pekerja Badan Berkanun
Pihak Berkuasa Tempatan
Selain dari itu, LPPSA turut membenarkan pembiayaan kali kedua, tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh LPPSA.
Nilai Pembiayaan Yang Boleh Bagi Penjawat Awam Melalui LPPSA
Nilai pembiayaan yang boleh dipohon terbahagi kepada dua keadaan iaitu;
Pertama, bagi pembiayaan hartanah pertama iaitu amaun kelayakan adalah tertakluk kepada -
a. Ansuran bulanan tidak melebihi 60 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih.
Kedua, bagi pembiayaan hartanah kedua , amaun kelayakan adalah tertakluk kepada:
a. Ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripda gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih.
Dalam nilai pembiayaan, pengiraan pembiayaan adalah termasuk harga hartanah, kos bayaran insurans/ takaful, gadai janji, insurans/ takaful pemilikan rumah kediaman dan yuran peguam.
Jenis Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Jenis pembiayaan yang dimohon mestilah bagi tujuan pembiayaan berikut;
Pembeliaan rumah yang telah siap
Pembinaan rumah di atas tanah individu yang memohon
Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
Pembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah
Penyelesaian hutang / pembiayaan sedia ada dengan bank atau institusi kewangan bagi tujuan pembelian / pembinaan aset yang telah dinyatakan di atas
Pembinaan rumah kediaman di atas tanah yang dibiayai pembeliaannya oleh LPPSA
Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiayai kemudahan pembiayaan LPPSA.
Proses Permohonan Yang Perlu Dilakukan Pemimjam
Pertama, pemohon boleh melawat laman sesawang LPPSA di www.lppsa.gov.my.
Kedua, borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak dan seterusnya dikepilkan bersama senarai semak permohonan pembiayaan seperti di bawah;
Ketiga, permohonan tersebut perlu dikemukakan kepada lembaga melalui Ketua Jabatan.
Proses melantik peguam bagi urusan pinjaman perumahan kerajaan
LPPSA mewajibkan lantikan peguam bagi urusan pembiayaan. Ini kerana peguam mempunyai lesen guaman untuk mengendalikan urusan berkaitan memegang wang pertaruhan (stakeholder monies) dan urusan mencagar tanah di pejabat-pejabat tanah berkaitan.
Walau bagaimanapun tidak semua peguam boleh melaksanakan proses ini kerana hanya peguam panel LPPSA dan yang sudah mendaftarkan diri dalam sistem LPPSA boleh melaksanakan proses ini. Peguam ASCO merupakan salah satu panel peguam kepada LPPSA.
Bayaran Balik Pembiayaan LPPSA
Pemimjam boleh menggunakan tiga cara bagi proses pembayaran balik pembiayaan iaitu;
Pemotongan gaji
Pemotongan pencen
Pembayaran sendiri
Skim Bayaran Melalui Pencen dan KWSP;
Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan kali pertama-
Tempoh pembiayaan tertakluk kepada had sehingga peminjam mencapai umur 90 tahun.
Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan kali kedua-
Tempoh pembiayaan tertakluk kepada had sehingga peminjam mencapai umur 90 tahun, mengikut syarat yang ditetapkan LPPSA.
Skim Bayaran Sendiri;
Skim bayaran sendiri hanyalah bagi senario di mana individu peminjam ingin menyelesaikan pinjaman awal atau bersara awal. Ia boleh dilakukan melalui tiga kaedah iaitu;
Bank Deraf atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’ dan dihantar ke alamat: LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM No.9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya (U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman);
Pembayaran secara transaksi perbankan online; atau
Melalui peguam
“Kelebihan terbesar LPPSA ialah kestabilan — kadar keuntungan tetap dan bayaran melalui potongan gaji sepanjang tempoh. Bagi penjawat awam, memahami had kelayakan lebih awal mengelakkan memilih rumah yang melebihi margin pembiayaan.” — kata Akmal Saufi Mohamed Khaled, peguam & prinsipal ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co).
Ciri LPPSA | Butiran |
|---|---|
Untuk siapa | Penjawat awam bertaraf tetap yang layak |
Kadar | Kadar keuntungan tetap yang rendah |
Margin | Tiada margin tetap — jumlah pembiayaan adalah yang terendah antara harga rumah, nilaian JPPH atau kelayakan pemohon |
Bayaran | Melalui potongan gaji |
Soalan Lazim
Siapa layak memohon pinjaman LPPSA?
Penjawat awam bertaraf tetap (dan kategori tertentu yang layak), tertakluk kepada had kelayakan berdasarkan gaji, umur dan baki tempoh perkhidmatan.
Berapa nilai pembiayaan yang boleh diperoleh?
Bergantung kepada kelayakan gaji, umur dan jenis pembiayaan; jumlah pembiayaan adalah yang terendah antara harga rumah, nilaian JPPH, jumlah dipohon atau kelayakan pemohon — tiada margin peratusan tetap.
Perlukah peguam untuk pinjaman LPPSA?
Ya. Dokumentasi pembiayaan LPPSA mesti diproses oleh peguam panel LPPSA yang mempunyai akses portal.
Kepada siapa anda patut rujuk seterusnya?
Untuk jawapan khusus mengikut kes anda, peguam berkelayakan boleh menyemak dokumen dan menerangkan kos serta langkahnya.
Perlukan bantuan peguam?
Peguam panel LPPSA menguruskan perjanjian pembiayaan, gadaian dan pindah milik anda. Hubungi ASCOLAW untuk konsultasi ringkas.
Kandungan ini untuk tujuan maklumat am sahaja dan bukan nasihat guaman. Setiap kes adalah unik. Dapatkan nasihat khusus daripada peguam berlesen sebelum bertindak.
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Kos & Yuran Pelepasan Gadaian di Malaysia (2026): Pecahan Penuh Setiap Baris
Pembiayaan Islamik vs Pinjaman Konvensional: Beza Dokumen Guaman
Dokumen Loan Rumah: Senarai Lengkap & Proses Selepas SPA Ditandatangani
Peguam LPPSA untuk Penjawat Awam: Cara Lantik Firma Panel Berdaftar sebagai Pilihan Pertama Anda (2026)
Cara Buang & Tarik Balik Kaveat Tanah: 3 Kaedah (2026)
Cara Masuk Kaveat Tanah: Langkah, Borang 19B & Kos (2026)
Apa Itu Kaveat Tanah? Maksud, Cara Masuk & Cara Buang (Panduan 2026)
Apa Itu LPPSA? Maksud, Jenis Pinjaman, Kelayakan & Peranan Peguam
Refinance Rumah LPPSA ke Bank: Cara, Syarat, Kos & Proses
Proses Beli Rumah Subsale Guna LPPSA: Langkah demi Langkah
