Ini sebabnya kenapa anda tidak patut beli geran tanah lot lidi
Bidang Amalan
Hartanah

Geran tanah lot lidi memang menyusahkan pembeli tanah. Tapi apakah itu geran tanah lot lidi dan apa sebenarnya masalahnya?
Tanah lot lidi adalah geran tanah yang nama penjualnya tidak berada dalam geran tanah tetapi penjualan tanah tersebut dilakukan secara surat ikatan amanah.
Selalunya harga tanah ini murah dan berstatus tanah pertanian.
Ia adalah berbeza dengan geran tanah lot. Geran tanah lot mempunyai nama penjual dalam geran hakmilik tanahnya.
Ramai terperangkap apabila membeli 'hak' ke atas bahagian dalam geran tanah lot lidi ini.
Antara masalah yang ada pada geran tanah lidi adalah seperti berikut;
Nama pembeli lot tidak akan ada di dalam geran kerana sebilangan pemilik 'membeli' tanah ini menggunakan surat pegangan amanah atau surat ikatan amanah.
Sebarang transaksi jual beli sukar untuk dilakukan secara sah keran di mata perundangan dan Akta Kanun Tanah Negara, hanya mereka yang mempunyai nama di atas geran boleh menjual atau memindahmilik sesuatu geran tanah.
Pembeli tanah lot lidi tidak akan layak sebarang hak dari sudut undang-undang sebagai tuan tanah.
Tidak boleh diwariskan sekiranya meninggal dunia. Ini kerana pemilikan tersebut susah untuk diturunkan kepada pewaris.
Tiada sebarang pampasan oleh kerajaan. Jika terdapat sebarang pengambilalihan tanah, hanya mereka yang mempunyai nama dalam geran akan mendapat pampasan.
Tidak boleh membuat pinjaman perumahan. Di pihak bank, bank tidak akan memberi pinjaman perumahan tanpa proses gadaian berjaya dilakukan. Ini memerlukan nama pemimjam berada dalam geran tanah.
Tidak boleh membina rumah sendiri di atas tanah lot lidi kerana tidak boleh mendapatkan kelulusan pelan pembinaan rumah PBT. PBT perlu mengetahui pelan hak milik kita di atas tanah untuk membolehkan ia meluluskan pelan pembangunan kita.
Kerajaan negeri tidak mengiktiraf tanah lot lidi. Ini memberi maksud anda tidak akan berupaya mendapatkan apa-apa pembelaan kerajaan negeri dan pejabat tanah kerana nama anda tidak di dalam geran tanah.
Hak pembeli tidak dilindungi dari sudut undang-undang. Hanya nama yang berada dalam geran tanah akan dilindungi sepenuhnya di bawah Kanun Tanah Negara.
Geran tidak boleh dipindahkan kepada nama pembeli. Apabila nama kita tidak di dalam geran tanah, proses Kanun Tanah Negara termasuklah proses pindahmilik tidak dapat digunakan.
Pembeli lot lidi tidak mengetahui kedudukan sebenar tanah kerana belum disahkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEN)
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Buang & Tarik Balik Kaveat Tanah: 3 Kaedah (2026)
Cara Masuk Kaveat Tanah: Langkah, Borang 19B & Kos (2026)
Apa Itu Kaveat Tanah? Maksud, Cara Masuk & Cara Buang (Panduan 2026)
Apa Itu LPPSA? Maksud, Jenis Pinjaman, Kelayakan & Peranan Peguam
Refinance Rumah LPPSA ke Bank: Cara, Syarat, Kos & Proses
Proses Beli Rumah Subsale Guna LPPSA: Langkah demi Langkah
Refinance Rumah: Kos Guaman, Dokumen & Proses Undang-undang (SRO 2023)
Loan Reject Selepas Tandatangan SPA: Apa Jadi Pada Deal & Deposit
Senarai Dokumen Jual Beli Rumah Sebelum Jumpa Peguam (Untuk Ejen)
Jual Rumah Pemilik Dah Meninggal: Apa Ejen Perlu Buat Sebelum Market