Pasangan menyemak dokumen bersama di meja rumah
Untuk wasi yang dinamakan dalam wasiat arwah, atau keluarga yang baru jumpa wasiat.

Dinamakan Wasi Dalam Wasiat Arwah? Mulakan Dengan Geran Probet.

Ada wasiat tidak bermaksud harta terus boleh dibahagi.

Bank, pejabat tanah dan pihak lain biasanya minta bukti kuasa dulu. Bagi wasi, bukti itu ialah Geran Probet daripada Mahkamah Tinggi.

Beritahu kami tentang wasiat dan harta arwah. Kami semak dulu sama ada Probet saluran yang betul.

Messrs Akmal Saufi & Co — Peguambela & Peguamcara, dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia.

Adakah Ini Keadaan Anda?

Saya dinamakan wasi dalam wasiat ayah, tapi tak tahu apa tanggungjawab saya.
Kami jumpa wasiat dalam simpanan arwah dan tak pasti ia sah atau tidak.
Bank kata tak boleh lepaskan duit arwah tanpa probet.
Ada dua wasi dalam wasiat, dan seorang lagi tinggal di luar negara.
Wasi yang dinamakan dah meninggal, atau tak mahu terlibat.
Arwah ada harta di Malaysia dan juga di luar negara.

Semua keadaan ini bermula dengan satu soalan:

Siapa yang sudah ada kuasa sah untuk bertindak mengikut wasiat ini?

Selagi soalan itu belum selesai, harta biasanya belum boleh bergerak.

Masalah sebenar

Ada Wasiat Tidak Bermaksud Harta Terus Boleh Dibahagi. Wasi Perlu Dapat Kuasa Dulu.

Wasiat menyatakan hasrat arwah dan siapa yang dilantik untuk melaksanakannya.

Tetapi bank, pejabat tanah dan syarikat biasanya tidak akan bertindak hanya berdasarkan salinan wasiat.

Mereka mahu bukti bahawa Mahkamah telah menerima wasiat itu dan wasi ada kuasa. Bukti itu ialah Geran Probet.

Selepas probet diperoleh, wasi boleh mula kumpul harta, bayar hutang arwah dan kemudian agihkan kepada benefisiari mengikut wasiat.

Jadi langkah pertama wasi bukan membahagi harta. Langkah pertama ialah pastikan wasiat itu boleh dibawa ke Mahkamah dan kuasa diperoleh.

Sebelum Mohon Probet, Enam Perkara Ini Perlu Jelas

Ini soalan yang kami akan tanya bila anda bawa wasiat kepada kami.

Ada wasiat asal?Mahkamah biasanya memerlukan wasiat asal, bukan salinan.
Wasiat ditandatangani dan disaksikan dengan betul?Cara ia ditandatangani dan disaksikan mempengaruhi sama ada ia mudah dibuktikan.
Siapa wasi yang dinamakan, dan semuanya masih hidup dan mahu bertindak?Ini menentukan siapa yang boleh memohon.
Arwah Muslim atau bukan Muslim?Wasiat orang Islam tertakluk kepada hukum syarak dan diurus dengan cara yang berbeza.
Apa harta arwah dan di mana?Termasuk harta di luar negara, yang mungkin perlu langkah berasingan.
Ada wasiat lain yang lebih baru, atau arwah berkahwin selepas membuat wasiat?Kedua-duanya boleh mengubah wasiat mana yang terpakai.

Situasi anda

Keadaan Wasi Yang Mana?

Siapa yang memohon, dan bagaimana, bergantung pada keadaan wasi. Pilih yang paling hampir.

01

Saya Wasi dan Bersedia Bertindak

Anda boleh memohon Geran Probet di Mahkamah Tinggi. Kumpul wasiat asal, sijil kematian dan senarai harta serta hutang arwah.

Selepas probet diperoleh, tanggungjawab anda ialah mentadbir pusaka dengan jujur dan mengikut wasiat.

02

Ada Beberapa Wasi

Semua wasi boleh memohon bersama. Kalau seorang tinggal jauh atau belum bersedia, dalam keadaan tertentu permohonan boleh dibuat oleh wasi yang lain.

Beritahu kami di mana setiap wasi berada dan sama ada semua mahu bertindak.

03

Wasi Tak Mahu, Tak Boleh atau Dah Meninggal

Wasi boleh menolak pelantikan. Wasi juga mungkin sudah meninggal atau tak dapat dikesan.

Dalam keadaan ini, saluran yang biasanya dilihat ialah Surat Kuasa Mentadbir dengan wasiat dilampirkan. Orang lain yang layak memohon untuk mentadbir pusaka mengikut wasiat.

04

Arwah Muslim dan Ada Wasiat

Wasiat orang Islam tertakluk kepada hukum syarak. Biasanya ia terhad kepada satu pertiga harta dan tidak boleh diberikan kepada waris faraid kecuali dipersetujui waris lain.

Saluran dan dokumen yang terlibat boleh berbeza, dan mungkin melibatkan Mahkamah Syariah. Beritahu kami dari awal supaya kami arahkan ke saluran yang betul.

Kenapa Wasi Tak Patut Tunggu Terlalu Lama?

Wasi ada tanggungjawab kepada benefisiari. Menangguh biasanya bukan pilihan yang neutral.

Harta arwah tersekat

Tanpa probet, akaun bank, saham dan rumah arwah biasanya tidak boleh diurus.

Bil, cukai tanah dan loan pula masih perlu dibayar.

Benefisiari menunggu dan bertanya

Benefisiari berhak tahu perkembangan pusaka.

Kalau lama tiada tindakan, soalan boleh bertukar jadi rasa tidak puas hati, dan kadang-kadang pertikaian.

Saksi dan dokumen makin susah dicari

Kalau wasiat perlu dibuktikan melalui saksi, lebih awal lebih mudah.

Saksi berpindah, susah dihubungi atau sudah tiada. Dokumen arwah pula makin sukar dikesan.

Cara ASCOLAW melihat perkara ini

Bagaimana ASCOLAW Akan Lihat Wasiat Anda?

Anda boleh buat

Apa Yang Anda Boleh Sediakan Sekarang?

Simpan wasiat asal dengan selamat. Jangan tanda, cabut staple atau tambah apa-apa pada dokumen itu.

Kumpul sijil kematian, kad pengenalan wasi, dan senarai kasar harta dan hutang arwah: akaun bank, rumah, saham, polisi insurans, kenderaan dan loan.

Tak lengkap pun tak apa. Kami beritahu apa lagi yang diperlukan.

Cara kami berfikir

Kami semak wasiat dulu, bukan terus failkan

Tak semua wasiat terus sedia untuk dibawa ke Mahkamah.

Kami tengok cara wasiat ditandatangani dan disaksikan, siapa wasi, adakah wasi boleh bertindak, dan sama ada ada wasiat lain.

Daripada situ baru kami tentukan sama ada Probet, LA dengan wasiat dilampirkan, atau saluran lain yang sesuai.

Apa Yang Kami Akan Tengok?

Wasiat asal. Ada, lengkap, dan tidak diubah selepas ditandatangani.

Tandatangan dan saksi. Siapa saksi, dan sama ada mereka masih boleh dihubungi jika perlu.

Wasi. Berapa orang, di mana mereka, dan semua mahu bertindak atau tidak.

Harta dan hutang. Apa yang arwah ada dan apa yang perlu dibayar dulu.

Benefisiari. Siapa yang menerima, termasuk yang bawah umur atau di luar negara.

Harta luar negara. Ada aset di negara lain yang mungkin perlu proses berasingan.

Skop kerja kami

Kalau Probet Sesuai, Apa Yang ASCOLAW Akan Buat?

Kami boleh bantu wasi dari semakan awal hingga kuasa digunakan:

  • Semak wasiat dan sahkan sama ada Probet saluran yang sesuai.
  • Susun senarai harta, hutang dan benefisiari mengikut wasiat.
  • Sediakan permohonan Geran Probet dan afidavit untuk difailkan di Mahkamah Tinggi.
  • Uruskan dokumen tambahan jika Mahkamah memerlukannya, contohnya bukti daripada saksi wasiat.
  • Terangkan tanggungjawab wasi selepas probet diperoleh, termasuk bayar hutang dan agih harta.
  • Bantu langkah selepas probet, seperti urusan bank, pindah milik rumah kepada benefisiari atau jualan.

Kenapa boleh percaya

Cara Kami Bantu Wasi

Menjadi wasi ialah tanggungjawab. Kami bantu anda laksanakannya dengan betul dan tersusun.

Messrs Akmal Saufi & Co ialah firma guaman Malaysia yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia, sejak 2014.
Kami semak wasiat asal dan dokumen sebenar, bukan hanya salinan atau cerita keluarga.
Kes diuruskan oleh peguambela dan peguamcara berlesen, dengan pejabat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Kami terangkan tanggungjawab wasi dengan jelas supaya anda tahu apa yang perlu dibuat dan bila.

Kami kawal persediaan, dokumen dan susulan. Proses dan keputusan Mahkamah di luar kawalan kami.

Kami akan beritahu anda perkembangannya dengan jujur.

Dikawal seliaFirma guaman Malaysia di bawah Majlis Peguam Malaysia
Sejak 2014Messrs Akmal Saufi & Co
Kuala Lumpur & Johor BahruPejabat fizikal, urusan juga boleh dibuat dalam talian
30 minitMasa balasan pertanyaan pada waktu pejabat

Kos

Bagaimana Dengan Kos?

A

Permohonan Probet

Wasiat yang jelas, wasi yang bersedia dan harta yang sedikit tidak sama dengan kes yang ada wasi di luar negara atau banyak jenis aset.

B

Bukti tambahan dan isu wasiat

Kalau wasiat perlu dibuktikan melalui saksi, ada wasiat lain, atau ada pihak yang mempertikai, kerja bertambah.

C

Kerja selepas probet

Kalau anda mahu kami terus bantu urus bank, pindah milik atau jualan harta selepas probet, skop itu diambil kira juga.

Kami semak wasiat dan keadaan pusaka dulu. Selepas itu barulah skop kerja dan sebut harga boleh diberikan dengan betul.

Bandingkan pilihan

Probet, LA Dengan Wasiat atau Pusaka Kecil?

Semuanya melibatkan pusaka arwah. Tetapi siapa yang memohon, dan di mana, berbeza.

Geran Probet

Untuk wasi yang dinamakan dalam wasiat dan bersedia bertindak. Dipohon di Mahkamah Tinggi.

LA Dengan Wasiat Dilampirkan

Bila ada wasiat, tetapi tiada wasi yang boleh atau mahu bertindak. Orang lain yang layak, biasanya benefisiari, memohon di Mahkamah Tinggi untuk mentadbir mengikut wasiat.

Pusaka Kecil

Dikendalikan oleh Unit Pembahagian Pusaka untuk pusaka dalam had RM5 juta. Bagi arwah bukan Muslim, saluran ini biasanya untuk pusaka tanpa wasiat. Kalau ada wasiat, kedudukannya perlu disemak dulu.

Tiada Wasiat Langsung

Ini bukan Probet. Saluran yang dilihat ialah Pusaka Kecil, Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Amanah Raya, bergantung pada harta dan waris.

Proses

Kalau Anda Hubungi Kami, Apa Yang Akan Berlaku?

  1. 01

    Anda ceritakan tentang arwah, wasiat dan siapa wasi yang dinamakan.

  2. 02

    Kami semak wasiat dan tentukan sama ada Probet saluran yang betul.

  3. 03

    Kami beri senarai dokumen dan bantu susun senarai harta, hutang dan benefisiari.

  4. 04

    Kami sediakan permohonan dan afidavit untuk ditandatangani oleh wasi.

  5. 05

    Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi, dan kami uruskan jika Mahkamah perlukan dokumen atau bukti tambahan.

  6. 06

    Mahkamah memproses permohonan dan mengeluarkan Geran Probet jika berpuas hati.

  7. 07

    Wasi mula guna kuasa untuk kumpul harta, bayar hutang dan agih kepada benefisiari, dengan bantuan kami jika perlu.

Berapa lama?

Bergantung pada wasiat, kelengkapan dokumen, sama ada bukti tambahan diperlukan dan jadual Mahkamah.

Kalau ada urusan yang mendesak, beritahu kami dari awal.

Ceritakan Kepada Kami Tentang Wasiat Arwah

Anda tak perlu tahu sama ada wasiat itu sah atau tidak. Itu yang kami semak.

Dalam mesej anda, beritahu kami:

  • Bila arwah meninggal, dan arwah Muslim atau bukan Muslim
  • Ada wasiat asal, dan siapa yang menyimpannya
  • Siapa wasi yang dinamakan, dan semua mahu bertindak atau tidak
  • Apa harta arwah dan anggaran nilainya
  • Ada harta di luar negara
  • Ada ahli keluarga yang mempertikai wasiat
Menghantar pertanyaan tidak bermaksud anda terus melantik ASCOLAW.
Kami balas dalam masa 30 minit pada waktu pejabat dan terangkan langkah seterusnya untuk wasi.

Isi Borang Ringkas Di Bawah

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Isi Borang Ringkas Di Bawah

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Soalan lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Wasi

Berapa kos untuk mohon Geran Probet?

Bergantung pada wasiat dan pusaka.

Kami lihat jenis dan jumlah harta, bilangan wasi, sama ada bukti tambahan diperlukan, ada pertikaian atau tidak, dan sama ada anda mahu kami bantu selepas probet diperoleh.

Saya wasi. Wajib ke saya bertindak?

Tak wajib.

Wasi boleh menolak pelantikan. Tetapi keputusan itu perlu dibuat dengan cara yang betul, dan sebaiknya sebelum anda mula uruskan harta arwah. Bincang dengan kami dulu.

Wasiat ditulis sendiri oleh arwah. Sah ke?

Mungkin.

Wasiat tidak semestinya perlu disediakan oleh lawyer untuk sah. Tetapi cara ia ditandatangani dan disaksikan penting. Bawa wasiat asal, kami semak.

Berapa lama nak dapat probet?

Tak ada satu jawapan untuk semua kes.

Bergantung pada kelengkapan dokumen, keadaan wasiat dan jadual Mahkamah. Kami tak boleh janji tarikh bagi pihak Mahkamah. Tetapi kami bantu supaya persediaan tidak jadi punca kelewatan.

Ada ahli keluarga tak setuju dengan wasiat. Macam mana?

Tak setuju tidak sama dengan wasiat tidak sah.

Kami perlu tahu apa yang dipertikai: cara wasiat dibuat, keadaan arwah semasa membuatnya, atau sekadar tak puas hati dengan bahagian. Setiap satu membawa langkah yang berbeza.

Ada beberapa wasi. Semua kena mohon bersama?

Tak semestinya.

Semua boleh memohon bersama. Dalam keadaan tertentu, permohonan boleh dibuat oleh sebahagian wasi dengan hak wasi lain dikekalkan. Kami semak apa yang sesuai.

Arwah ada harta di luar negara. Probet Malaysia cukup?

Belum tentu.

Probet Malaysia untuk harta di Malaysia. Harta di negara lain mungkin perlu proses berasingan mengikut undang-undang negara itu. Beritahu kami negara mana, kami terangkan apa yang perlu dilihat.

Arwah Muslim dan ada wasiat. Boleh guna Probet?

Perlu disemak dulu.

Wasiat orang Islam tertakluk kepada hukum syarak, biasanya terhad kepada satu pertiga dan tidak kepada waris faraid kecuali dipersetujui waris lain. Saluran dan mahkamah yang terlibat boleh berbeza. Beritahu kami, kami arahkan ke saluran yang betul.

Wasiat asal hilang, hanya ada salinan. Masih boleh?

Lebih sukar, tetapi tidak semestinya mustahil.

Mahkamah biasanya mahukan wasiat asal. Kalau yang ada hanya salinan, bukti tambahan diperlukan dan keadaan kehilangan perlu dijelaskan. Cari dulu di bank, lawyer atau syarikat amanah yang mungkin menyimpannya.

Arwah tiada wasiat. Halaman ini untuk saya?

Bukan.

Probet hanya untuk pusaka yang ada wasiat. Kalau tiada wasiat, saluran yang dilihat ialah Pusaka Kecil, Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Amanah Raya. Beritahu kami keadaan pusaka, kami semak saluran yang sesuai.

Wasiat Sudah Ada. Sekarang Pastikan Wasi Ada Kuasa Untuk Melaksanakannya.

Hasrat arwah hanya boleh dilaksanakan bila wasi mendapat kuasa yang sah.

Beritahu kami tentang wasiat, wasi dan harta arwah. Daripada situ kita susun: semak wasiat → mohon probet → kumpul harta → bayar hutang → agih kepada benefisiari.

Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.