Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Semakan Kesediaan Jual Rumah ASCOLAW

Updated on 10 September 2026

ASCOLAW • SEMAKAN KESEDIAAN JUAL RUMAH

Adakah rumah anda bersedia untuk dijual dari sudut undang-undang?

Semak status hak milik, kuasa penjual, pentadbiran pusaka, pembiayaan sedia ada, kebenaran Pihak Berkuasa Negeri, kaveat, status pemaju dan komitmen yang telah diberikan kepada pembeli sebelum menetapkan jangka masa transaksi.

Langkah 1 daripada 714%
Bahagian semakan

Hartanah dan cadangan jualan

Maklumat ini digunakan untuk menilai kemungkinan kekurangan dana bagi penebusan pembiayaan dan untuk konteks nilai transaksi.

Apa alat ini?

ASCOLAW Semakan Kesediaan Jual Rumah ialah alat saringan awal untuk membantu pemilik hartanah memahami sama ada hartanah mereka benar-benar bersedia untuk dijual, apakah isu yang mungkin perlu diselesaikan dahulu atau boleh dibuat serentak dengan jualan, dan bagaimana isu tersebut boleh mempengaruhi tempoh transaksi.

Kenapa anda patut gunakannya?

Ramai penjual hanya mengetahui masalah selepas pembeli ditemui atau booking form telah ditandatangani. Alat ini membantu anda mengenal pasti lebih awal isu seperti status hak milik strata/individu, Perfection of Transfer, pemilik atau co-owner yang telah meninggal dunia, pinjaman sedia ada, shortfall tebusan, sekatan kepentingan dan State consent, caveat, geran hilang, pemaju yang telah digulungkan dan keperluan berurusan dengan liquidator. Jika pembeli sudah ditemui, alat ini juga membantu menilai sama ada jangkaan timeline yang telah diberikan kepada pembeli mungkin terlalu ketat.

Apa yang anda akan dapat?

Berdasarkan jawapan anda, alat akan menunjukkan isu yang dikesan, kenapa ia penting, apa yang biasanya perlu dibuat, bagaimana ASCOLAW boleh membantu, anggaran masa untuk menyelesaikan isu dan bagaimana ia memberi kesan kepada roadmap jualan anda. Hasil alat ialah saringan awal dan bukan nasihat guaman atau pengesahan rasmi status hak milik.

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.