Pasangan menyemak dokumen bersama di meja rumah
Untuk anda yang dah beri pinjam atau dah siap buat kerja, tapi duit masih belum dibayar.

Nak Tuntut Hutang Yang Asyik Ditangguh Atau Tak Dibayar?

Kawan, saudara atau bekas pasangan pinjam duit. Atau anda dah siap buat kerja, tapi bayaran tak masuk.

Sebelum hantar notis atau fikir nak saman, semak dulu dua perkara: apa bukti yang anda ada, dan adakah dia mampu bayar.

Ceritakan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan bukti yang ada. Kami beritahu pilihan yang realistik.

Messrs Akmal Saufi & Co — Peguambela & Peguamcara, dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia.

Adakah Ini Yang Sedang Berlaku?

Saya pinjamkan duit kepada kawan. Dia janji bayar bulan depan. Sekarang dah setahun.
Setiap kali saya tanya, jawapannya sama: nanti, nanti, nanti.
Dia dah block nombor saya dan langsung tak balas WhatsApp.
Saya dah siap buat kerja atau hantar barang, tapi invois masih tak dibayar.
Tak ada perjanjian bertulis. Yang ada cuma WhatsApp dan bukti transfer bank.
Saya dah dapat penghakiman mahkamah, tapi sampai sekarang duit tak masuk juga.

Bila duit dah lama tertahan, soalan pertama yang keluar biasanya: “Boleh saman ke?”

Soalan itu faham. Tetapi ia datang terlalu awal.

Masalah sebenar

Soalan Pertama Bukan “Boleh Saman Ke?” Tetapi “Apa Bukti Saya Dan Adakah Dia Mampu Bayar?”

Kebanyakan hutang memang boleh dituntut. Tetapi yang menentukan sama ada duit itu betul-betul kembali ialah dua perkara lain.

Pertama, bukti. Boleh anda tunjuk duit itu dipinjamkan, bukan diberi? Bukti transfer hanya menunjukkan duit keluar. WhatsApp, IOU atau perjanjian pula menunjukkan kenapa duit itu keluar, dan bila ia patut dibayar balik.

Kedua, kemampuan dia untuk bayar. Penghakiman mahkamah bukan duit dalam tangan. Kalau dia tiada pendapatan, aset atau akaun yang boleh dikesan, penghakiman itu susah untuk ditukar menjadi duit.

Bila dua perkara ini jelas, barulah kita boleh pilih langkah yang masuk akal: notis tuntutan, tuntutan kecil, tuntutan di mahkamah, atau kadang-kadang, berhenti di situ.

Sebelum Anda Hantar Notis, Enam Perkara Ini Perlu Jelas

Ini soalan yang kami akan tanya dulu. Jawapannya menentukan laluan mana yang berbaloi untuk anda.

Berapa sebenarnya yang masih terhutang?Jumlah asal, bayaran yang dah dibuat dan baki, dengan tarikh setiap satu.
Apa bukti yang anda ada?Perjanjian, IOU, WhatsApp, emel, invois atau bukti transfer bank.
Dia pernah mengaku berhutang?Mesej seperti “nanti saya bayar” boleh jadi bukti yang sangat berguna.
Bila duit itu sepatutnya dibayar balik?Tarikh ini penting untuk kira had masa tuntutan.
Anda tahu di mana dia tinggal atau bekerja?Tanpa alamat, notis dan dokumen mahkamah susah untuk diserahkan.
Dia ada pendapatan, aset atau perniagaan?Ini yang menentukan sama ada penghakiman boleh ditukar menjadi duit.

Situasi anda

Anda Di Peringkat Mana Sekarang?

Langkah seterusnya bergantung pada bukti yang anda ada dan apa yang dah dibuat. Pilih yang paling hampir dengan keadaan anda.

01

Ada Perjanjian Bertulis

Ini titik mula yang baik. Kami semak terma bayaran balik, tarikh bayaran, faedah jika ada, dan siapa yang tandatangan.

Langkah biasa seterusnya ialah notis tuntutan yang merujuk terus kepada perjanjian itu.

02

Hanya WhatsApp Dan Bukti Transfer

Tiada perjanjian bertulis tidak semestinya bermaksud tiada kes. Ramai pinjaman antara kawan dan keluarga memang begini.

Kami susun mesej dan transfer mengikut tarikh, untuk lihat sama ada ia jelas menunjukkan pinjaman, dan bukan hadiah atau bayaran untuk perkara lain.

03

Dah Hantar Notis Tapi Diabaikan

Kalau notis tuntutan dah dihantar dan dia masih senyap, keputusan seterusnya ialah sama ada memfailkan tuntutan di mahkamah.

Sebelum anda keluarkan kos tambahan, kami semak notis itu, jumlah tuntutan, had masa dan kemampuan dia untuk bayar.

04

Dah Dapat Penghakiman Tapi Tak Dibayar

Penghakiman memberi anda hak untuk dibayar. Ia tidak memindahkan duit secara automatik.

Kami lihat cara penguatkuasaan yang sesuai berdasarkan apa yang dia ada, contohnya penyitaan dan jualan harta, garnisyen wang dalam akaun bank, atau saman penghutang penghakiman.

Kenapa Tak Patut Tunggu Terlalu Lama?

Menunggu dengan harapan dia akan bayar sendiri memang biasa. Tetapi masa memberi kesan pada tuntutan anda.

Tuntutan ada had masa

Tuntutan hutang dan kontrak tertakluk kepada had masa di bawah undang-undang, lazimnya enam tahun dari tarikh tuntutan itu timbul.

Kalau had masa dah lepas, tuntutan boleh gagal walaupun hutang itu memang wujud.

Bukti boleh hilang

Telefon bertukar. Chat terpadam. Akaun bank lama ditutup.

Screenshot dan backup bukti sekarang, selagi ia masih ada.

Keadaan kewangan dia boleh berubah

Hari ini dia mungkin masih bekerja, ada kereta atau ada rumah. Setahun lagi, keadaan itu mungkin lain.

Kemampuan dia untuk bayar ialah sebahagian daripada keputusan anda. Lebih awal ia disemak, lebih jelas pilihan anda.

Cara ASCOLAW melihat perkara ini

Bagaimana ASCOLAW Melihat Tuntutan Hutang Anda

Anda boleh buat

Apa yang anda boleh buat sendiri sekarang

Screenshot semua WhatsApp yang berkaitan, dengan tarikh. Muat turun penyata bank yang menunjukkan transfer. Cari apa-apa perjanjian, IOU atau invois.

Tulis satu timeline ringkas: bila dia pinjam, berapa, apa yang dijanjikan, dan apa yang berlaku selepas itu.

Anda juga boleh tuntut secara baik dahulu. Tetapi elakkan ugutan, maki atau hebahkan hutang dia di media sosial. Itu boleh menimbulkan masalah baru untuk anda.

Cara kami berfikir

Kami tak mula dengan “boleh saman atau tidak”

Kami mula dengan soalan lain: berapa yang realistik untuk anda dapat balik, dan berapa kos serta masa untuk sampai ke situ?

Kadang-kadang jawapannya jelas: teruskan. Kadang-kadang notis tuntutan sahaja dah cukup. Dan ada masanya kami akan beritahu anda secara terus terang bahawa tuntutan itu mungkin tidak berbaloi dengan kos yang perlu dikeluarkan.

Perkara yang sering mengubah laluan tuntutan

Pinjaman atau pemberian. Kalau dia kata duit itu hadiah, bukti anda perlu menunjukkan sebaliknya.

Jumlah tuntutan. Jumlah menentukan saluran, sama ada prosedur tuntutan kecil atau tuntutan biasa di mahkamah yang berkenaan.

Had masa. Tarikh hutang sepatutnya dibayar, dan tarikh dia terakhir mengaku atau membayar sebahagian, perlu dikira dengan betul.

Identiti dan alamat. Nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini diperlukan untuk menyerahkan dokumen kepadanya.

Kemampuan bayar. Pendapatan, aset atau perniagaan dia menentukan sama ada penghakiman boleh dikuatkuasakan.

Tuntutan balas. Kalau dia akan kata anda pula yang berhutang atau kerja anda tak siap, itu perlu dijangka dari awal.

Skop kerja kami

Apa Yang ASCOLAW Boleh Uruskan

Skop bergantung pada peringkat tuntutan anda. Antara kerja yang biasa terlibat:

  • Semak bukti, jumlah terhutang dan had masa tuntutan anda.
  • Beri pandangan sama ada tuntutan itu berbaloi, dan laluan yang sesuai.
  • Sediakan dan hantar notis tuntutan (letter of demand) kepada pihak yang berhutang.
  • Rundingkan penyelesaian atau pelan bayaran ansuran, dan sediakan perjanjian penyelesaian jika dipersetujui.
  • Failkan tuntutan di mahkamah yang berkenaan dan mewakili anda dalam prosiding.
  • Urus penguatkuasaan selepas penghakiman jika hutang masih tidak dibayar.

Kenapa boleh percaya

Cara Kami Menguruskan Tuntutan Hutang

Kami mahu anda buat keputusan dengan mata terbuka, termasuk tentang kos dan peluang sebenar untuk duit itu kembali.

Messrs Akmal Saufi & Co ialah firma guaman Malaysia yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia, sejak 2014.
Kami semak berdasarkan bukti sebenar anda, bukan andaian.
Kos, risiko dan kemampuan pihak itu untuk bayar diterangkan sebelum anda memilih untuk teruskan.
Tuntutan diuruskan oleh peguambela dan peguamcara berlesen, dengan pejabat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Anda tak perlu tahu nak saman di mahkamah mana. Mulakan dengan apa yang berlaku dan bukti yang anda ada.

Dikawal seliaFirma guaman Malaysia di bawah Majlis Peguam Malaysia
Sejak 2014Messrs Akmal Saufi & Co
Kuala Lumpur & Johor BahruPejabat fizikal, urusan juga boleh dibuat dalam talian
30 minitMasa balasan pertanyaan pada waktu pejabat

Kos

Kos: Apa Yang Menentukan Sama Ada Tuntutan Ini Berbaloi

A

Yuran guaman

Notis tuntutan sahaja tidak sama dengan tuntutan yang dibicarakan di mahkamah. Kos dipengaruhi oleh jumlah bukti, sama ada dia membantah, dan berapa jauh kes itu berjalan.

B

Fi mahkamah dan penyerahan dokumen

Memfailkan tuntutan melibatkan fi mahkamah dan kos menyerahkan dokumen kepada pihak yang berhutang. Kalau alamat dia susah dikesan, kos ini boleh bertambah.

C

Penguatkuasaan selepas penghakiman

Kalau dia tetap tak bayar selepas penghakiman, penguatkuasaan ialah langkah berasingan dengan kos tersendiri.

Mahkamah boleh perintahkan pihak yang kalah membayar sebahagian kos anda, tetapi jumlah itu jarang menutup semua kos yang anda keluarkan.

Sebab itu kami bandingkan jumlah yang dituntut dengan kos dan peluang untuk dapat balik duit itu, sebelum anda buat keputusan. Sebut harga diberikan selepas kami faham skop kerja.

Bandingkan pilihan

Notis, Tuntutan Kecil Atau Saman Melalui Peguam?

Tiga laluan ini selalu dikelirukan. Yang sesuai bergantung pada jumlah, bukti dan sikap pihak yang berhutang.

Notis Tuntutan

Surat rasmi yang menuntut bayaran dalam tempoh tertentu, dan memaklumkan tindakan seterusnya jika tidak dibayar. Ada yang terus bayar atau mula berunding selepas menerimanya. Ia juga lazimnya langkah awal sebelum tuntutan di mahkamah.

Prosedur Tuntutan Kecil

Untuk tuntutan wang yang kecil di Mahkamah Majistret, dengan had semasa RM5,000. Prosedurnya lebih ringkas, dan anda hadir sendiri kerana pihak-pihak tidak diwakili oleh peguam.

Kami masih boleh bantu anda faham kedudukan dan susun bukti sebelum anda memfailkannya.

Tuntutan Sivil Melalui Peguam

Untuk jumlah yang melebihi had tuntutan kecil, atau kes yang lebih rumit. Peguam menyediakan dokumen, mewakili anda di mahkamah dan menguruskan penguatkuasaan selepas penghakiman.

Proses

Apa Berlaku Selepas Anda Hubungi Kami

  1. 01

    Anda ceritakan siapa yang berhutang, berapa jumlahnya, bila ia berlaku dan apa yang dah dibuat setakat ini.

  2. 02

    Kami minta bukti yang anda ada: perjanjian, WhatsApp, bukti transfer, invois atau penghakiman terdahulu.

  3. 03

    Kami semak kekuatan bukti, had masa dan jumlah yang realistik untuk dituntut.

  4. 04

    Kami terangkan pilihan anda, skop kerja, dan sama ada tuntutan itu berbaloi diteruskan.

  5. 05

    Jika anda memilih untuk teruskan, kami sediakan dan hantar notis tuntutan.

  6. 06

    Jika hutang masih tidak dibayar, kami bincang dengan anda sama ada untuk memfailkan tuntutan di mahkamah.

  7. 07

    Selepas penghakiman, jika perlu, kami uruskan penguatkuasaan berdasarkan aset atau pendapatan pihak yang berhutang.

Tempoh bergantung pada respons pihak yang berhutang, sama ada dia membantah, jadual mahkamah dan aset yang boleh dikesan. Kami kawal kerja kami sendiri, tetapi bukan kelajuan mahkamah atau sikap pihak lawan.

Kalau ada tarikh yang penting kepada anda, beritahu kami dari awal.

Ceritakan Kepada Kami Tentang Hutang Itu

Anda tak perlu tahu istilah undang-undang. Ceritakan dengan bahasa anda sendiri.

Dalam mesej anda, beritahu kami:

  • Anggaran jumlah yang masih terhutang
  • Hubungan anda dengan dia: kawan, saudara, bekas pasangan atau pelanggan
  • Bila duit dipinjamkan atau kerja disiapkan
  • Bukti yang ada: perjanjian, WhatsApp, transfer bank atau invois
  • Sama ada notis tuntutan dah dihantar, atau penghakiman dah diperoleh
  • Negeri tempat dia tinggal atau bekerja, jika tahu
Menghantar pertanyaan tidak bermaksud anda terus melantik ASCOLAW.
Kami biasanya membalas dalam masa 30 minit pada waktu pejabat, dan terangkan langkah yang berkaitan dengan tuntutan anda.

Isi Borang Ringkas Di Bawah

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Isi Borang Ringkas Di Bawah

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Soalan lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya Tentang Tuntutan Hutang

Berapa kos untuk tuntut hutang melalui peguam?

Ia bergantung pada peringkat kerja. Notis tuntutan sahaja tidak sama dengan tuntutan yang dibicarakan dan dikuatkuasakan.

Kami semak jumlah, bukti dan kemampuan pihak itu dahulu, kemudian beri sebut harga berdasarkan skop sebenar. Kalau kos dijangka melebihi apa yang realistik untuk dapat balik, kami akan beritahu.

Tak ada perjanjian bertulis. Masih boleh tuntut?

Boleh, dalam banyak keadaan.

Pinjaman tidak semestinya perlu ada perjanjian bertulis. WhatsApp, emel, bukti transfer dan pengakuan dia boleh membantu membuktikan pinjaman itu. Yang penting, bukti itu menunjukkan duit tersebut dipinjamkan dan perlu dibayar balik.

Hutang dah lama. Ada had masa untuk tuntut?

Ada.

Tuntutan hutang dan kontrak lazimnya perlu difailkan dalam tempoh enam tahun dari tarikh tuntutan itu timbul. Pengakuan hutang secara bertulis, atau bayaran sebahagian, boleh memberi kesan pada cara tempoh itu dikira.

Kalau hutang anda dah beberapa tahun, semak lebih awal.

Jumlahnya kecil. Patut saya guna tuntutan kecil sendiri?

Mungkin, dan kadang-kadang itu pilihan yang lebih masuk akal.

Prosedur Tuntutan Kecil di Mahkamah Majistret adalah untuk tuntutan wang sehingga had semasa RM5,000. Pihak-pihak hadir sendiri tanpa diwakili peguam.

Kalau anda mahu, kami boleh semak bukti dan kedudukan anda dahulu sebelum anda memfailkannya sendiri.

Kalau saya menang, adakah duit terus masuk?

Tidak semestinya.

Penghakiman bermaksud mahkamah memutuskan dia perlu bayar. Kalau dia masih tak bayar, anda perlu ambil langkah penguatkuasaan, contohnya penyitaan dan jualan harta, garnisyen wang dalam akaun bank, atau saman penghutang penghakiman.

Sebab itu kemampuan dia untuk bayar perlu dilihat sebelum anda saman.

Dia dah block saya dan pindah. Masih boleh tuntut?

Mungkin boleh, tetapi alamat dia penting.

Dokumen tuntutan perlu diserahkan kepada pihak yang berhutang. Nama penuh, nombor kad pengenalan, tempat kerja atau alamat terakhir yang diketahui akan membantu kami lihat pilihan yang ada.

Dia kata duit itu hadiah, bukan pinjaman. Macam mana?

Ini pertikaian yang biasa, terutamanya antara pasangan atau keluarga.

Yang akan dilihat ialah bukti: apa yang dikatakan semasa duit diberi, mesej selepas itu, dan sama ada dia pernah bayar balik sebahagian. Mesej seperti “nanti saya bayar” boleh membantu menunjukkan ia pinjaman.

Kalau saya hantar notis, adakah saya wajib saman selepas itu?

Tidak.

Notis tuntutan tidak mewajibkan anda meneruskan ke mahkamah. Tetapi notis itu tidak patut menyebut tindakan yang anda sebenarnya tidak berniat buat. Kami bincang langkah seterusnya dengan anda sebelum notis dihantar.

Dia tawar bayar secara ansuran. Patut saya terima?

Mungkin berbaloi, terutamanya kalau kemampuan dia memang terhad.

Tetapi pastikan persetujuan itu ditulis dengan jelas: jumlah, tarikh setiap bayaran, dan apa berlaku jika dia gagal bayar. Persetujuan bertulis itu juga boleh menjadi bukti bahawa dia mengaku berhutang.

Hutang ini melibatkan syarikat atau perniagaan saya. Boleh dibantu di sini?

Tidak di halaman ini. ASCOLAW memberi tumpuan kepada individu dan keluarga.

Ada perniagaan atau syarikat yang perlu tuntut hutang daripada pelanggan atau rakan niaga? Pertikaian perniagaan diuruskan oleh jenama firma kami untuk perniagaan, Legal That Works. Beritahu kami dalam mesej anda dan kami akan salurkan pertanyaan anda ke sana.

Duit Anda Masih Tertahan? Mulakan Dengan Bukti Yang Anda Ada.

Anda tak perlu putuskan sekarang sama ada nak saman atau tidak. Itu keputusan yang datang kemudian.

Beritahu kami berapa jumlahnya, siapa yang berhutang dan bukti apa yang ada. Kami akan terangkan pilihan yang realistik, termasuk jika tuntutan itu tidak berbaloi diteruskan.

Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.