
Arwah Dah Meninggal. Tapi Harta Masih Belum Selesai Diurus?
Rumah masih atas nama arwah. Duit dalam bank belum boleh dikeluarkan. Dan belum ada sesiapa yang ada kuasa untuk urus bagi pihak pusaka.
Surat Kuasa Mentadbir (LA) mungkin saluran yang perlu dipertimbangkan — termasuk untuk pusaka bawah RM5 juta, bila masa penting atau ada waris yang tak mahu bekerjasama.
Ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Kami semak dulu keadaan pusaka anda dan saluran yang patut dipertimbangkan.
Messrs Akmal Saufi & Co — Peguambela & Peguamcara, dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia.
Adakah Ini Keadaan Keluarga Anda?
Kalau ini keadaan anda, jangan mula dengan soalan: “Macam mana nak bahagi harta?”
Soalan yang lebih awal ialah: “Siapa yang boleh urus harta arwah secara sah?”
Itu yang perlu diselesaikan dulu.
Masalah sebenar
Sebelum Bahagi Harta, Keluarga Perlu Ada Orang Yang Boleh Urus Pusaka
Apabila seseorang meninggal dunia, waris tidak terus mendapat kuasa untuk mengurus semua harta arwah.
Anak tak boleh terus tandatangan bagi pihak arwah hanya sebab dia anak.
Suami atau isteri pun tak boleh terus jual rumah arwah hanya sebab dia pasangan.
Malah kalau semua waris setuju sekalipun, masih ada proses yang perlu dibuat.
Jadi sebelum rumah boleh dijual, duit boleh dikeluarkan atau harta boleh dibahagikan, keluarga perlu tahu: siapa yang akan urus pusaka, macam mana orang itu dapat kuasa, dan saluran mana yang patut digunakan.
Kalau Surat Kuasa Mentadbir ialah saluran yang sesuai, Mahkamah boleh melantik seorang atau lebih pentadbir untuk mengurus pusaka.
Sebelum Mulakan Apa-Apa, Enam Perkara Ini Perlu Jelas
Sebelum tentukan saluran, kami perlu faham keadaan sebenar pusaka dan keluarga anda.
Situasi anda
Bila Surat Kuasa Mentadbir Patut Dipertimbangkan?
LA bukan hanya untuk satu jenis pusaka. Antara keadaan yang patut dilihat dari awal ialah:
Arwah Meninggal Tanpa Wasiat
Kalau arwah tak tinggalkan wasiat, LA ialah salah satu saluran yang mungkin perlu dipertimbangkan.
Tetapi kami masih perlu tengok nilai pusaka, aset yang ada, siapa waris dan keadaan keluarga.
Nilai Pusaka Melebihi Had Pusaka Kecil
Had semasa Pusaka Kecil ialah RM5 juta.
Kalau nilai pusaka melebihi had itu, saluran Mahkamah Tinggi memang perlu dilihat.
Nilai Pusaka Di Bawah RM5 Juta, Tapi Keluarga Mahu Selesaikan Dengan Lebih Cepat
Ini perkara yang ramai tak tahu.
Nilai pusaka di bawah RM5 juta tidak semestinya bermaksud anda tak perlu langsung melihat saluran LA.
Ada keluarga yang mahu menilai LA kerana mereka tak mahu pusaka terus tergantung terlalu lama. Mungkin ada rumah yang hendak dijual, bank sedang menunggu, syarikat atau aset lain yang perlu diurus, atau keluarga memang mahu ada seorang pentadbir yang boleh mula bertindak secepat yang munasabah.
Kalau masa penting kepada keluarga anda, beritahu kami. Kami akan ambil perkara itu kira bila semak saluran yang sesuai.
Ada Waris Yang Memang Tak Mahu Beri Kerjasama
Ini juga boleh jadi sebab penting untuk menilai LA.
Contohnya seorang waris tak mahu tandatangan, tak mahu hadir, sengaja melambatkan, hubungan keluarga sudah tak baik atau ada pihak yang langsung tak mahu bercakap dengan waris lain.
Ini tidak semestinya bermaksud pusaka tak boleh bergerak. Tetapi jangan buat perancangan seolah-olah semua orang akan bekerjasama.
Dalam keadaan macam ini, kami perlu tengok sama ada LA melalui Mahkamah Tinggi lebih sesuai untuk membantu keluarga bergerak ke hadapan.
Kenapa Jangan Biarkan Pusaka Tergantung Terlalu Lama?
Semakin lama pusaka tidak diurus, semakin banyak perkara boleh bertambah atau tertangguh.
Rumah, tanah dan urusan bank boleh tersekat
Kalau rumah masih atas nama arwah dan belum ada orang yang mempunyai kuasa untuk bertindak, banyak urusan selepas itu tak boleh bergerak seperti biasa.
Bank juga perlu tahu siapa yang sah untuk bertindak bagi pihak pusaka. Cakap “saya anak arwah” sahaja biasanya belum menyelesaikan persoalan itu.
Waris boleh jadi semakin ramai
Arwah meninggal. Pusaka tak diurus. Beberapa tahun kemudian, salah seorang waris pula meninggal.
Sekarang bukan satu lapisan pusaka sahaja yang perlu dilihat.
Jadi semakin lama dibiarkan, semakin banyak orang dan dokumen mungkin terlibat.
Kadang-kadang keluarga memang perlu bergerak sekarang
Mungkin rumah perlu dijual. Mungkin loan perlu diselesaikan. Mungkin ada syarikat yang perlu terus berjalan. Mungkin wang diperlukan untuk selesaikan tanggungan arwah.
Kalau ada sebab sebenar kenapa pusaka perlu diselesaikan cepat, beritahu kami. Itu perkara yang patut diambil kira dari awal.
Cara ASCOLAW melihat perkara ini
Bagaimana ASCOLAW Akan Lihat Kes Anda?
Apa Yang Anda Boleh Sediakan Sekarang?
Kalau ada, kumpulkan sijil kematian, kad pengenalan waris, sijil lahir atau sijil nikah, geran atau maklumat rumah / tanah, penyata bank, dokumen saham atau pelaburan, dokumen kenderaan, dokumen syarikat, maklumat loan atau hutang dan apa-apa dokumen wasiat.
Tak ada semua pun tak apa.
Bagi kami apa yang anda ada dulu.
Selepas itu kami boleh beritahu apa lagi yang diperlukan.
Kami tak mula dengan satu jawapan untuk semua kes
Kami tak mula dengan: “Bawah RM5 juta, pergi Pusaka Kecil.”
Kami juga tak mula dengan: “Semua kes kena buat LA.”
Kami mula dengan keadaan keluarga anda.
Apa Yang Kami Akan Tengok?
Aset dan nilai pusaka. Arwah tinggalkan apa dan berapa anggaran nilai keseluruhannya?
Wasiat. Ada wasiat atau tidak?
Rumah dan loan. Ada rumah atau tanah dan masih ada loan?
Waris. Siapa waris dan semua boleh beri kerjasama?
Masa. Keluarga nak selesaikan pusaka dengan segera?
Apa yang keluarga mahu buat selepas dapat kuasa. Jual rumah, urus bank, urus syarikat atau teruskan sampai pembahagian?
Skop kerja kami
Kalau LA Sesuai, Apa Yang ASCOLAW Akan Buat?
Kami boleh membantu untuk:
- Semak dulu keadaan pusaka dan saluran yang sesuai.
- Kenal pasti siapa yang sesuai dicadangkan sebagai pentadbir.
- Susun maklumat waris, aset dan hutang arwah.
- Sediakan permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi.
- Sediakan afidavit dan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Urus permohonan dan keperluan Mahkamah, termasuk perkara berkaitan bond atau penjamin jika diperlukan, dan terangkan apa yang masih perlu dibuat selepas LA diperoleh.
Kenapa boleh percaya
Kenapa Ada Keluarga Yang Mahu Menggunakan LA?
Setiap keluarga ada sebab yang berbeza. Antara yang biasa kami perlu faham ialah:
Kebanyakan keluarga sebenarnya bukan sekadar mahu sekeping LA.
Mereka mahu rumah dapat diurus, wang dapat dikeluarkan dengan betul, hutang arwah diselesaikan dan harta akhirnya sampai kepada waris yang berhak.
Itulah matlamat sebenar.
Kos
Bagaimana Dengan Kos?
Permohonan Mahkamah
Kes yang mudah dan dokumen lengkap tidak sama dengan kes yang ada isu tambahan.
Bond atau Penjamin
Ada permohonan yang mungkin melibatkan bond atau penjamin.
Kalau perkara itu terpakai kepada kes anda, kami akan terangkan.
Tak perlu cari penjamin dulu sebelum kedudukan anda disemak.
Aset, Waris dan Kerja Selepas LA
Satu rumah dan satu akaun bank tidak sama dengan pusaka yang ada beberapa tanah, saham, syarikat dan pelaburan.
Kalau semua orang bekerjasama, keadaannya berbeza daripada kes yang ada waris tak mahu tandatangan atau sudah mula bertikai.
Kalau anda mahu kami terus bantu urus rumah, bank atau pembahagian selepas LA, skop kerja itu perlu diambil kira juga.
Jadi kami perlu faham keadaan pusaka dulu. Lepas itu barulah skop kerja boleh ditentukan dengan betul.
Bandingkan pilihan
LA atau Pusaka Kecil — Macam Mana Nak Tahu?
Jangan tengok nilai RM5 juta sahaja. Lihat juga keadaan keseluruhan pusaka.
Masa
Keluarga perlu selesaikan pusaka secepat mana?
Kerjasama waris
Semua waris boleh bekerjasama atau memang sudah ada masalah?
Aset yang perlu bergerak
Ada rumah yang hendak dijual, bank atau urusan lain yang sedang menunggu, atau banyak aset yang perlu diurus?
Pentadbir dan kerja selepas LA
Perlu ada pentadbir yang boleh mula bertindak? Selepas dapat kuasa, masih banyak kerja yang perlu dibuat?
Untuk sesetengah pusaka, Pusaka Kecil mungkin saluran yang sesuai. Untuk pusaka lain, walaupun nilainya di bawah RM5 juta, LA melalui Mahkamah Tinggi mungkin juga patut dipertimbangkan.
Yang penting, jangan pilih hanya sebab satu angka.
Proses
Kalau Buat LA, Apa Yang Akan Berlaku?
- 01
Anda ceritakan keadaan pusaka — siapa arwah, apa harta yang ditinggalkan, ada wasiat, siapa waris dan sama ada ada masalah kerjasama.
- 02
Kami semak saluran yang sesuai dan lihat sama ada LA patut dipertimbangkan serta apa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
- 03
Kami semak siapa yang patut jadi pentadbir. Mungkin seorang, mungkin lebih daripada seorang, bergantung pada keadaan keluarga dan permohonan.
- 04
Kami susun maklumat waris, aset, hutang dan dokumen sokongan yang diperlukan.
- 05
Kami sediakan dokumen permohonan Mahkamah dan afidavit yang berkaitan.
- 06
Kalau ada keperluan tambahan seperti bond, penjamin atau dokumen lain, kami uruskan.
- 07
Permohonan diproses oleh Mahkamah. Apa yang berlaku selepas itu bergantung pada dokumen, keadaan pusaka dan apa yang Mahkamah perlukan.
- 08
Selepas LA diperoleh, pentadbir boleh mula menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengurus pusaka.
Berapa lama semuanya akan ambil masa?
Ia berbeza mengikut kes.
Kalau masa sangat penting kepada keluarga anda, beritahu kami dari awal.
Ceritakan Kepada Kami Keadaan Pusaka Arwah
Anda tak perlu tentukan sendiri sama ada patut buat LA atau Pusaka Kecil. Kami akan tengok keadaan sebenar pusaka anda dulu.
Dalam mesej anda, beritahu kami:
- Bila arwah meninggal dan ada wasiat atau tidak
- Harta yang ditinggalkan (rumah, tanah, akaun bank, saham, syarikat)
- Anggaran nilai keseluruhan pusaka
- Siapa waris yang masih ada
- Ada waris yang tak mahu bekerjasama?
- Ada sebab keluarga perlu selesaikan pusaka dengan cepat?
Soalan lazim
Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Waris
Berapa kos untuk buat Surat Kuasa Mentadbir?
Ia bergantung pada keadaan pusaka dan kerja yang perlu dibuat.
Kami akan lihat perkara seperti jumlah dan jenis aset, bilangan waris, sama ada ada masalah kerjasama, dokumen yang ada, keperluan Mahkamah dan sama ada anda mahu kami terus urus pusaka selepas LA diperoleh.
Pusaka bawah RM5 juta. Masih boleh pertimbangkan LA?
Ya, LA masih boleh menjadi saluran yang patut dinilai.
RM5 juta ialah had semasa Pusaka Kecil.
Tetapi angka itu bukan satu-satunya perkara yang patut dilihat.
Kalau masa sangat penting, ada masalah kerjasama antara waris atau ada urusan aset yang perlu bergerak, beritahu kami.
Kami akan tengok keseluruhan keadaan.
Kalau ada waris tak setuju, masih boleh teruskan?
Mungkin boleh.
Seorang waris yang tidak mahu bekerjasama tidak semestinya bermaksud seluruh pusaka kena berhenti.
Tetapi kami perlu tahu apa sebenarnya yang dia tidak mahu buat dan setakat mana masalah itu sudah berlaku.
Daripada situ kita boleh lihat langkah yang sesuai.
LA lebih cepat daripada Pusaka Kecil?
Ada keluarga yang memilih untuk menilai LA kerana mereka mahu proses bergerak dengan lebih cepat.
Tetapi kami tidak akan kata LA pasti lebih cepat untuk setiap pusaka. Tempoh sebenar bergantung pada keadaan kes, dokumen, Mahkamah dan sama ada timbul bantahan.
Kalau cepat itu penting kepada anda, beritahu kami dari awal. Kami akan ambil kira perkara itu bila semak saluran yang sesuai.
Arwah tak ada wasiat. Mesti buat LA?
Tak semestinya terus begitu.
Kami masih perlu tengok nilai pusaka, aset, keadaan waris dan saluran yang sesuai.
Arwah ada wasiat. Masih perlu LA?
Mungkin tidak.
Kalau ada wasiat, kita perlu semak dahulu sama ada ia saluran Probet yang terpakai dan siapa wasi yang sepatutnya bertindak.
Semua waris kena jadi pentadbir?
Tidak.
Waris dan pentadbir bukan perkara yang sama.
Tak semua waris perlu menjadi pentadbir.
Rumah arwah masih ada loan. Boleh urus pusaka?
Boleh.
Tetapi kita perlu tengok baki loan, gadaian dan apa yang keluarga mahu buat dengan rumah itu.
Perlu penjamin?
Ada permohonan yang mungkin perlukan bond atau penjamin.
Tetapi jangan cari penjamin dulu.
Kami semak dahulu sama ada ia terpakai kepada permohonan anda.
Bila dah dapat LA, rumah terus tukar nama kepada waris?
Tidak.
LA memberi kuasa kepada pentadbir.
Selepas itu masih ada langkah lain untuk mengurus atau memindahkan rumah tersebut.
Pusaka Arwah Masih Belum Selesai? Mulakan Dengan Keadaan Sebenar Keluarga Anda.
Anda tak perlu faham semua istilah undang-undang dahulu.
Beritahu kami: apa yang arwah tinggalkan, ada wasiat, siapa waris, semua boleh bekerjasama atau ada masalah, dan sama ada keluarga perlu selesaikan pusaka dengan cepat.
Daripada situ kita boleh tentukan: saluran yang sesuai → siapa pentadbir → dapatkan kuasa → urus harta → selesaikan hutang → buat pembahagian.
Pertanyaan anda tidak bermaksud anda telah melantik ASCOLAW.
