ASCOLAW - perkhidmatan guaman yang berkesan untuk perniagaan di Malaysia

Beli rumah guna pinjaman bank — kos jelas, satu firma uruskan SPA dan loan anda

Sedang membeli rumah dengan pembiayaan bank (konvensional atau Islamik)? Kami uruskan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan dokumentasi pinjaman — Perjanjian Pinjaman, Cagaran atau Deed of Assignment — serentak, dengan sebut harga kos penuh sebelum apa-apa kerja bermula. Untuk pembeli di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Malaysia.

Peguam Sebenar Untuk Kehidupan Sebenar.

ASCOLAW - perkhidmatan guaman yang berkesan untuk perniagaan di Malaysia

Beli rumah guna pinjaman bank — kos jelas, satu firma uruskan SPA dan loan anda

Sedang membeli rumah dengan pembiayaan bank (konvensional atau Islamik)? Kami uruskan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan dokumentasi pinjaman — Perjanjian Pinjaman, Cagaran atau Deed of Assignment — serentak, dengan sebut harga kos penuh sebelum apa-apa kerja bermula. Untuk pembeli di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Malaysia.

Peguam Sebenar Untuk Kehidupan Sebenar.

ASCOLAW - perkhidmatan guaman yang berkesan untuk perniagaan di Malaysia

Beli rumah guna pinjaman bank — kos jelas, satu firma uruskan SPA dan loan anda

Sedang membeli rumah dengan pembiayaan bank (konvensional atau Islamik)? Kami uruskan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan dokumentasi pinjaman — Perjanjian Pinjaman, Cagaran atau Deed of Assignment — serentak, dengan sebut harga kos penuh sebelum apa-apa kerja bermula. Untuk pembeli di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Malaysia.

Peguam Sebenar Untuk Kehidupan Sebenar.

Ramai pembeli rumah terkejut apabila kos guaman sebenar hanya diketahui lewat — selepas SPA ditandatangani, atau apabila bank sudah meluluskan pinjaman. Kekeliruan tentang sama ada perlu dua peguam berasingan (satu untuk SPA, satu untuk loan) turut menyebabkan kelewatan dan salah faham tentang siapa bayar apa.

Pembiayaan Bank untuk Beli Rumah

Perkhidmatan ini menggabungkan dua urusan guaman yang berjalan serentak apabila anda membeli rumah dengan pinjaman bank: (1) Perjanjian Jual Beli (SPA) dan pindah milik hakmilik, dan (2) dokumentasi pembiayaan — Perjanjian Pinjaman/Kemudahan serta Cagaran atau Deed of Assignment. Yuran guaman bagi kedua-dua urusan dikira berasingan mengikut skala SRO 2023, dan kami berikan pengiraan penuh — SPA, loan, duti setem serta fi pendaftaran — sebelum anda komited.

Visi Anda, Disokong Bantuan Guaman Yang Tepat

Anda fokus menjaga keluarga, kami uruskan sisi perundangannya.

Bayangkan tahu jumlah kos sebenar sebelum tandatangan SPA, dengan satu firma menguruskan kedua-dua urusan jual beli dan loan anda dari mula hingga penyerahan kunci.

Untuk Siapa Perkhidmatan Ini

Ini Sesuai Untuk Anda Jika…

Perkhidmatan ini sesuai untuk anda jika:

• Anda sedang membeli rumah (subsale atau projek pemaju) menggunakan pinjaman bank, konvensional atau Islamik

• Anda mahu tahu jumlah kos guaman sebenar — SPA, loan, duti setem, fi pendaftaran — sebelum komited

• Anda mahu satu firma menguruskan SPA dan dokumentasi loan serentak, bukan dua firma berasingan

• Anda mungkin pembeli rumah pertama dan mahu semak kelayakan pengecualian duti setem

Jom Mulakan

Apa Yang Kami Akan Lakukan Untuk Anda

Inilah Yang Akan Kami Lakukan Untuk Anda

Kami menyemak dan menyediakan SPA, mengesahkan sama ada kami boleh bertindak untuk dokumentasi loan anda (jika firma kami berada dalam panel bank anda), menyediakan Perjanjian Pinjaman serta Cagaran/Deed of Assignment, menguruskan penyeteman dan pendaftaran di Pejabat Tanah, serta menyelaraskan dengan bank, penjual atau pemaju sehingga pengeluaran wang dan pindah milik selesai. Kami turut menyemak kelayakan anda untuk pengecualian duti setem pembeli rumah pertama.

Mengapa Pilih ASCOLAW?

Mengapa Pilih Kami Untuk Membantu Anda?

Digital Diutamakan

Tidak perlu ke pejabat—semak dan tandatangan secara dalam talian*

Yuran Yang Telus

Harga jelas, tanpa kejutan bil

Pengalaman Mendalam

Pelbagai transaksi merentasi situasi anda dan keluarga

Mudah Dihubungi

Memastikan anda sentiasa ketahui perkembangan terkini

Jom Mulakan

Kami Telah Membantu

Anda Perlu Bertindak Sekarang

Penting: Slot Terhad

Pengecualian duti setem penuh untuk pembeli rumah pertama (harga sehingga RM500,000) hanya terpakai untuk SPA yang ditandatangani sebelum 31 Disember 2027. Hubungi kami awal supaya dokumentasi SPA dan loan anda selesai dalam tempoh yang layak.

Jom Mulakan

Tiada Apa Untuk Dirugikan. Segalanya Untuk Dilindungi.

Tanpa Kejutan. Tanpa Tekaan. Hanya ASCOLAW Yang Berkesan.

Sebelum apa-apa bermula, kami akan berbincang dengan anda untuk memahami perniagaan anda dan memastikan perkhidmatan ini sesuai. Jika tidak sesuai, kami akan maklumkan dari awal. Tanpa tekanan. Tanpa membuang masa. Kami hanya menerima kes yang kami yakin dapat kami laksanakan dengan berkualiti. Itulah sebabnya pemilik perniagaan mempercayai kami untuk melakukannya dengan betul.

Jom Mulakan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Peguam Berlesen

Dilindungi Insuran Professional

Prestasi Terbukti

Peguam Berlesen

Dilindungi Insuran Professional

Prestasi Terbukti

Soalan Lazim

Apa itu ASCOLAW?

ASCOLAW adalah perkhidmatan guaman Tetuan Akmal Saufi & Co khusus untuk keluarga and individu dalam urusan hartanah, pembiayaan mahupun pusaka. Kami membantu anda mengecapi impian hartanah, merancang, dan melindungi harta anda melalui penyelesaian guaman yang praktikal.

Bagaimana jika saya tidak pasti perkhidmatan guaman yang saya perlukan?

Tidak mengapa. Pasukan kami akan dengan objektif dan masalah yang ada hadapi dan kami akan cadangkan perkhidmatan yang sesuai untuk membantu anda.

Berapa kos peguam untuk beli rumah dengan pinjaman bank?

Ada dua yuran berasingan mengikut skala SRO 2023: satu untuk SPA/pindah milik, satu untuk Perjanjian Pinjaman — setiap satu dikira atas nilai berkenaan (harga rumah untuk SPA, jumlah pinjaman untuk loan), tambah 8% SST. Kami berikan pengiraan penuh (termasuk duti setem dan fi pendaftaran) selepas menyemak harga rumah dan jumlah pinjaman anda.

Kenapa ada dua peguam bila beli rumah dengan loan — bolehkah satu firma uruskan kedua-duanya?

Untuk SPA, anda bebas memilih peguam sendiri. Untuk dokumentasi loan, bank melantik daripada panelnya — tetapi jika firma pilihan anda berada dalam panel bank tersebut, anda boleh meminta bank melantik firma itu untuk kedua-dua urusan. Hubungi kami dengan nama bank anda dan kami sahkan.

Saya pembeli rumah pertama — ada penjimatan duti setem?

Jika layak, anda mendapat pengecualian penuh duti setem ke atas MOT dan Perjanjian Pinjaman untuk rumah sehingga RM500,000, bagi SPA ditandatangani sehingga 31 Disember 2027 (warganegara Malaysia yang belum pernah memiliki hartanah kediaman). Ini boleh menjimatkan lebih RM11,000 — tanya kami untuk sahkan kelayakan anda.

Apa beza guna pinjaman bank berbanding LPPSA untuk beli rumah?

Pinjaman bank (konvensional atau Islamik) dan LPPSA adalah dua sumber pembiayaan berbeza dengan proses kelulusan dan syarat kelayakan tersendiri — LPPSA khusus untuk kakitangan awam/berkanun. Yuran guaman bagi dokumentasi kedua-duanya adalah sama mengikut skala SRO 2023. Jika anda menggunakan LPPSA, lihat perkhidmatan Pembiayaan LPPSA kami.

Bolehkah anda uruskan pembiayaan Islamik untuk pembelian rumah?

Ya. Kami mengendalikan pembiayaan konvensional dan Islamik (Tawarruq/Komoditi Murabahah) — struktur kontrak berbeza, tetapi yuran guaman sama mengikut skala SRO 2023.

Adakah perkhidmatan anda berpatutan?

Struktur yuran kami yang telus bermakna tiada kejutan bil. Keahlian memberikan kadar terbaik, tetapi perkhidmatan sekali sahaja juga direka untuk jelas dan berdaya saing. Anda akan sentiasa tahu apa yang anda bayar.

Siapa yang akan membantu saya?

Semua perkhidmatan kami disampaikan oleh peguam berlesen kami di bawah Badan Peguam Malaysia dengan pengalaman terbukti merentasi pelbagai industri. Anda akan bekerja dengan pasukan guaman sebenar, bukan chatbot atau khidmat pelanggan biasa.

Adakah semuanya dilakukan secara dalam talian?

Kami akan mengutamakan proses secara atas talian untuk membantu ada menyelesaikan secara pantas dan mudah. Walau bagaimanapun bagi perkara yang memerlukan kehadiran anda kami akan memaklumkan kepada anda bagi tujuan sesuatu transaksi.