top of page
ASCO LAW

Need a Lawyer?

Writer's pictureAkmal Saufi MK

Apa Cara Terbaik Tuntut Hutang Jumlah Kecil Tanpa Peguam?

Updated: Jul 29, 2021


Apa Cara Terbaik Tuntut Hutang Jumlah Kecil Tanpa Peguam? | ASCO LAW

Isu hutang sudah menjadi isu kebiasaan pada setiap masa dan selalu dibincangkan. Anda mungkin salah seorang yang mengalami situasi sebegini sama ada sebagai seorang peniaga kecil atau pekerja bebas, atau anda hanya ingin menuntut hutang anda dari seorang kenalan.


Kita semua mungkin pernah menghadapi situasi yang mana ada kawan datang kepada kita “Bro, ada RM4-5ribu tak? Aku nak pakai duit sedikit lah. Nanti lagi 1 bulan aku bayar balik." Ada juga keadaan “Bro, nak minta modal sedikit RM5 Ribu dekat bisnes aku. Nanti lepas tiga bulan, aku bayar balik siap. Janji!”


Atas dasar persahabatan, anda mungkin akan memberi pinjaman tersebut tanpa ada sebarang keraguan dan syak wasangka. Masa berlalu. Anda tidak mendengar sebarang berita daripada rakan anda tersebut. Telefon, whatsapp tidak berjawab. Tetapi sosial media diupdate, makan di tempat mahal dan siap pergi bercuti.


Anda marah, dan ingin buat tuntutan hutang anda. Dalam masa yang sama, anda dalam dilemma. Nak lantik peguam, akan libatkan kos yang lebih tinggi.


Sebenarnya di Malaysia, anda boleh memulakan tindakan saman di mahkamah untuk menuntut jumlah hutang anda TANPA perlu melantik peguam. Prosedur ini dinamakan ‘Tuntutan Kecil’ di Mahkamah Tuntutan Kecil dan prosedur ini juga menyediakan alternatif yang murah.


Oleh itu, artikel ini disediakan bagi anda yang ingin tahu cara-cara bagaimana anda hendak tuntut hutang atau dari seorang client atau kawan yang masih belum selesaikan bayaran tertunggak.



KANDUNGAN ARTIKEL



Antara Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut Di Mahkamah Tuntutan Kecil


  1. Mendapatkan kembali hutang

  2. Tuntutan barangan melibatkan nilai tidak lebih RM5,000

  3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar

  4. Sewa menyewa tidak melebihi RM5,000

  5. Tuntutan atas barangan yang rosak

  6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan


Mahkamah Tuntutan Kecil


Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah TIDAK MELEBIHI RM5,000.00


Prosedur untuk memulakan tuntutan kecil ini adalah dibawah ATURAN 93 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012. (Rujuk Gambar)


Aturan 93, Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan

“Aturan ini hendaklah terpakai kepada tuntutan yang amaun dalam pertikaian atau nilai hal perkara tuntutan tidak melebihi lima ribu ringgit”.



Apa Cara Terbaik Tuntut Hutang Jumlah Kecil Tanpa Peguam? | ASCO LAW

Bagaimana Untuk Mulakan Tuntutan Di Mahkamah Tuntutan Kecil?

Anda boleh memulakan tuntutan dengan mengisi BORANG 198.

Anda boleh dapatkan Borang tersebut di Mahkamah Majistret di kawasan masing-masing atau boleh rujuk Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.


Sebagai contoh, jika anda menetap di Johor Bahru, maka anda boleh ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di Tingkat 23, 23A Menara Cyberport, Johor Bahru. Jika anda menetap di Shah Alam, anda boleh ke Mahkamah Majistret Shah Alam.


Anda boleh membaca tentang proses dan cara lebih terperinci untuk tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil di sini.


Penutup

Sekarang mungkin anda telah mengetahui bagaimana cara untuk membuat tuntutan, membela diri di mahkamah, dan bagaimana untuk melaksanakan penghakiman melalui prosedur Mahkamah Tuntutan Kecil.

Jika anda mempunyai masalah, dan ingin mendapatkan nasihat lebih lanjut, anda boleh menghubungi ASCO Law untuk nasihat yang sewajarnya.





Comments


Need a lawyer or want to request for a quotation?

NOTICE

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

bottom of page