JENIS PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LPPSA
Oleh
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Tarikh Kemaskini
26 Apr 2021
Sewaktu anda mengisi permohonan pembiayaan LPPSA, anda dikehendaki untuk memilih jenis pembiayaan di dalam bahagian maklumat awal pembiayaan (hartanah). Berikut merupakan tujuh jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pemohon:-
Jenis 1: Pembelian rumah kediaman yang telah siap
Jenis 2: Membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis 3: Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
Jenis 4: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis 5: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan
dengan bank atau institusi kewangan
Jenis 6: Membina rumah kediaman di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)/ LPPSA
Jenis 7: Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman
Setiap jenis pembiayaan ini mempunyai syarat yang tersendiri dan berbeza mengikut kategori masing-masing walaupun di bawah satu pembiayaan yang sama.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.
Penulisan berkaitan
Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?
Mengenai Kami
Hub
Maklumat Perundangan
Syarikat Pemula
Hartanah
Perniagaan
AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.