top of page
ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

APAKAH ITU SKIM PEMBIAYAAN LPPSA DAN APA PILIHAN ANDA

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Last updated

26 Apr 2021

Anda dikehendaki untuk memilih di antara dua jenis Skim Pembiayaan semasa membuat permohonan di atas talian Pembiayaan LPPSA iaitu sewaktu anda di halaman untuk mengisi maklumat awal pembiayaan anda.  


Oleh hal demikian, cara pengurusan pinjaman anda tertakluk kepada jenis skim pembiayaan yang anda pilih. Skim pembiayaan kerajaan sediakan adalah terbahagi kepada dua iaitu:-


Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA) – Konvensional


Jika anda memilih untuk menggunakan jenis skim konvensional ini anda diwajibkan untuk mengambil insurans.


Dari segi kadar faedah pembiayaan SPPSA, kadar ditetapkan sebanyak 4% setahun atas amaun pembiayaan anda yang diluluskan. Perkiraan kadar faedah dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan. 


Kadar faedah jika peminjam SPPSA yang meninggalkan perkhidmatan masih dikekalkan pada kadar 4% tetapi dengan syarat peminjam hendaklah membayar pembiayaan secara sekaligus dalam tempoh 30 hari daripada tarikh meninggalkan perkhidmatan. Sekiranya gagal, kadar faedah akan dikenakan sebanyak 7% setahun atas baki pokok.


Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi) – Islamik


SPPSAi pula merupakan skim pinjaman secara Islam yang mengikut Prinsip ‘Al- Bai Bithaman Ajil’ bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan hartanah yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran balik harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan dan dengan bayaran secara ansuran.


Bagi kadar keuntungan pembiayaan SPPSAi, kadar ditetapkan sebanyak 7% setahun. Pengiraan dibuat atas baki pokok pembiayaan setiap bulan. Peminjam akan terus menikmati kadar keuntungan 4% setahun melalui Prinsip Muqasah dalam setiap ansuran bayaran balik pembiayaan selagi peminjam berkhidmat dengan Kerajaan dan tidak melakukan kemungkiran. 


Walau bagaimanapun Prinsip Muqasah tidak boleh dinikmati oleh peminjam yang meninggalkan perkhidmatan.


Tambahan pula, bagi perlindungan terhadap pinjaman, peminjam SPPSAi diwajibkan mengambil takaful.


Oleh hal demikian, pemilihan skim pembiayaan ini bergantung kepada anda sendiri sama ada anda memilih untuk konvensional atau secara Islam. 


Kedua-dua skim ini mempunyai perbezaan yang besar berdasarkan kepada metodologi dokumentasi perundangan yang perlu dilaksanakan oleh peguam yang anda lantik untuk melaksanakan dokumentasi pembiayaan LPPSA.

Other reads related

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.

bottom of page