top of page
ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

Carian Rasmi Tanah

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Last updated

27 Apr 2021

Carian rasmi tanah merupakan salah satu prosedur yang penting dan seharusnya dilakukan semasa membeli hartanah terutama sekali sewaktu membuat pembayaran deposit iaitu, sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) atau menandatangani Perjanjian PInjaman dengan pihak bank.


Untuk makluman carian rasmi tanah tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara 1965 / National Land Code 1965. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan lebih meluas tentang carian tanah di Malaysia agar anda dapat memahami lebih mendalam tentang kepentingan carian ini.


Kita akan membincangkan secara am:-

  1. Apakah itu carian rasmi tanah;

  2. Siapakah yang boleh melakukan carian rasmi;

  3. Maklumat-maklumat yang akan anda peroleh dari melakukan carian rasmi tanah;

  4. Dimanakah kita boleh melakukan carian tanah;

  5. Apakah kepentingan melakukan carian rasmi;

  6. Berapakah kos bagi melakukan carian rasmi;

  7. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapat keputusan carian rasmi.


1. Apakah itu carian rasmi tanah


Kebiasaannya, pembeli mempunyai hak bagi mendapatkan carian tanah itu dilakukan sebelum harga rumah dibayar. Tambahan pula, carian tanah dibahagikan kepada dua kategori iaitu, carian persendirian dan carian rasmi. Anda boleh merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 384 dan Seksyen 385. Satu-satunya perbezaan utama antara keduanya adalah apabila anda melakukan pencarian tanah persendirian berbanding dengan carian tanah rasmi, anda tidak akan mendapat sijil pencarian tanah yang disertakan dengan cop Pendaftar Tanah dan tandatangan pegawai.


2. Siapakah yang boleh melakukan carian rasmi tanah


Anda boleh melakukan carian tanah sendiri di Pejabat Tanah. Selain itu, anda juga boleh melantik seorang peguam bagi membantu anda dalam hal ini. Jika anda atau peguam anda hendak melakukan carian tanah, anda seharusnya berhubung dahulu dengan peguam bagi pemilik tanah untuk mendapatkan segala maklumat tentang harta tanah tersebut bagi melakukan carian tanah.


3. Maklumat-maklumat yang akan anda peroleh dari melakukan carian rasmi tanah

Maklumat-maklumat harta tanah adalah seperti berikut :-

  • Maklumat tentang Hakmilik Geran Tanah

  • No. Hakmilik

  • No. Lot

  • Daerah, Mukim dan Negeri

  • Maklumat tentang Pemilik

  • Nama, No Kad Pengenalan (bagi mengenalpasti pemilik bagi hartatanah tersebut)

  • Status Hakmilik

  • Sama ada Hakmilik Kekal atau Hakmlik Sementara

  • Caj

  • Sama ada hartanah tersebut dicaj bersama bank

  • Kaveat

  • Sekiranya hartanah tersebut dikenakan kaveat, anda boleh meminta peguam anda untuk membuang kaveat tersebut. Hal ini demikian kerana, apabila terdapat kaveat pada harta tanah, ia akan menghalang urusan yang berkaitan dengan harta tanah. Selain itu, meletakkan kaveat juga membawa maksud bahawa kepentingan seseorang ada pada hartanah tersebut.


4. Dimanakah kita boleh melakukan carian tanah?


Bagi kedua-dua jenis carian tanah, iaitu carian persendirian dan carian rasmi, permohonan ini harus dilakukan di Pejabat Tanah tertakluk kepada lokasi pengeluaran Hakmilik hartanah itu.



5. Apakah kepentingan melakukan carian rasmi?


Pertama sekali, kepentingan bagi melakukan carian tanah adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang kekangan sewaktu mendapatkan Hakmilik tanah tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kepentingan yang boleh membantu anda dalam memahami lebih mendalam dan meluas tentang sebab-sebab bagi melakukan carian tanah seperti berikut :-


  • Untuk memastikan status tanah dan status pemilik berdaftar. Hal ini demikian kerana, bagi memastikan bahawa pemilik berdaftar itu adalah juga merupakan penjual/vendor. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana pemilik berdaftar itu merupakan pemaju, pemaju tersebut mesti pemaju yang disebut di dalam Perjanjian Jual Beli.

  • Untuk memastikan sama ada tanah itu tertakluk kepada mana-mana syarat nyata tanah, sekatan kepentingan atau apa-apa proses pengambilalihan tanah;

  • Untuk memastikan sama ada terdapat sekatan kepentingan yang boleh mempengaruhi pemindahan Hakmilik kepada pembeli. Sekiranya terdapat sekatan kepentingan, peguam mesti terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa yang berkaitan (iaitu Pihak Berkuasa Negeri) untuk memindahkan hartanah kepada Pembeli;

  • Jika hartanah masih didaftarkan status gadaian, peguam pembeli harus meminta penyata bank dari vendor (penyata penebusan);

  • Untuk memastikan sama ada tanah tersebut dikenakan kaveat atau perintah larangan memindah geran; dan

  • Untuk memastikan sama ada tanah tersebut diambilalih oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah.


Dengan melakukan carian rasmi atau carian persendirian, peguam pembeli boleh mendapatkan segala maklumat daripada hasil carian tanah tersebut. 

6. Berapakah kos bagi melakukan carian rasmi atau carian persendirian?


Kos yang perlu dibayar untuk pencarian tanah berbeza-beza di setiap negeri dan dikenakan bayaran oleh pejabat tanah rasmi. Jadual di bawah menunjukkan harga untuk setiap negeri yang harus ditanggung oleh pembeli mengikut Pejabat Tanah / Pejabat Pendaftaran setiap Negeri :-


Kuala Lumpur

RM30 (Carian Persendirian Tanah)

RM50 (Carian Rasmi Tanah)



Selangor

RM30 (Carian Persendirian Tanah)

RM50 (Carian Rasmi Tanah)



Perak

RM40 (Carian Persendirian Tanah)

RM80 (Carian Rasmi Tanah)



Pahang

RM50 (Carian Persendirian Tanah)

RM100 (Carian Rasmi Tanah)



Perlis 

RM20 (Carian Persendirian Tanah)

RM50 (Carian Rasmi Tanah)



Terengganu

RM10 (Carian Persendirian Tanah)

RM20 (Carian Rasmi Tanah)



Kelantan

RM40 (Carian Persendirian Tanah)

RM120 (Carian Rasmi Tanah)



Kedah

RM30 (Carian Persendirian Tanah)

RM75 (Carian Rasmi Tanah)



Johor

RM40 (Carian Persendirian Tanah)

RM120 (Carian Rasmi Tanah)



Melaka

RM30 (Carian Persendirian Tanah)

RM50 (Carian Rasmi Tanah)



Negeri Sembilan

RM20 (Carian Persendirian Tanah)

RM40 (Carian Rasmi Tanah)



Penang

RM30 (Carian Persendirian Tanah)

RM100 (Carian Rasmi Tanah)



7. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapat keputusan carian rasmi tanah?


Hal ini bergantung kepada Pejabat Tanah itu sendiri. Walau bagaimanapun, ianya dapat dianggarkan seperti berikut: -

  • Carian Tanah Persendirian - minimum satu (1) hari bekerja

  • Carian Tanah Rasmi - minimum tujuh (7) hari bekerja

Other reads related

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.

bottom of page