top of page

Kos Peguam

Pengenalan Berkenaan Kos Peguam

​

Kos Peguam merupakan kos yang perlu dibayar anda kepada pihak peguam apabila anda ingin melantik peguam untuk membantu transaksi dan urusan perundangan anda.

​

 

Apakah yang dimaksudkan dengan yuran dan kos peguam

​

Kos Peguam adalah bayaran dan upah yang dibayar kepada firma guaman dan peguam atas perkhidmatan perundangan dan nasihat perundangan yang diberikan kepada pelanggan atau anak guam. 

​

Kos Peguam ini adalah TIDAK TERMASUK kos-kos yang perlu dibayar kepada pihak ketiga untuk melaksanakan urusan perundangan anak guam dan pelanggan seperti kos di pejabat tanah, mahkamah, pihak bank, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain.

​

 

Apakah undang-undang yang akan mengawal selia kos yuran peguam?

​

Peguam bertauliah di Malaysia dikawal selia oleh Akta Profesion Undang-undang 1976. Peguam hanya boleh mengenakan cas mengikut kadar yang ditetapkan undang-undang ini. Walau bagaimanapun jika pengiraan yuran guaman atau nilai yuran guaman tidak dinyatakan dalam Perintah Saraan Peguam Cara di bawah Akta Profession Undang-undang 1976 ini, maka pihak Peguam boleh mengenakan yuran guaman mengikut skala dan pengiraan yang peguam itu sendiri tetapkan. Anda boleh muat turun undang-undang Perintah Saraan Peguam Cara 2006 di sini. Ia perlu dibaca bersama Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017.

​

​

 

Bagaimana pengiraan kos yuran peguam?

 

Terdapat beberapa cara bagaimana yuran guaman dikira.

​

Berikut merupakan antara cara pengiraan kos peguam di Malaysia iaitu berdasarkan;

​

a) Perintah Saraan Peguam Cara di bawah Akta Profession Undang-undang 1976;

b) Yuran guaman tetap atau 'flat fee' yang telah ditetapkan;

c) Pengiraan masa yang telah digunakan oleh peguam untuk melaksanakan tugasan;

d) Berdasarkan kejayaan sesuatu kes mahkamah; dan

e) Berdasarkan apa cara lain yang bernilai dan dipersetujui antara peguam dan anak guamnya.

​

​

​

Lihat Senarai Fi Peguam Hartanah Penuh Di Sini

​

Kalkulator Kos Peguam Perjanjian Jual Beli Rumah atau Tanah (SPA) 2022

Cara Kiraan Kos Peguam Perjanjian Jual Beli Rumah atau Tanah (SPA) 2022

Kos guaman pemindahan Hakmilik ini adalah tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli yang disediakan oleh peguam. Oleh itu, cara pengiraan bagi kos ini adalah berdasarkan Jadual Pertama, Perintah Saraan Peguamcara 2005 seperti di bawah:-

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Senarai Kos Guaman ASCO

Kalkulator Kos Peguam Pinjaman "Loan" Jual Beli Rumah atau Tanah (Peguam Loan Bank) 2022

Kalkulator Kos Peguam Pinjaman "Loan" Beli Rumah (Peguam Loan LPPSA Penjawat Awam) 2022

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Kalkulator Kos Duti Setem Beli Rumah LHDN 2022

Kalkulator Kos Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Untuk Penjual Rumah atau Tanah

Senarai Kos Guaman Lain ASCO Law

Berikut adalah senarai fi guaman kami.

Penyediaan Borang CKHT 502

Penyediaan Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi transaksi pindahmiik hartanah.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Perjanjian Jual Beli

Penyediaan Perjanjian Jual Beli bagi hartanah rumah, komersial, industri atau pertanian.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Perjanjian Jual Beli Rumah

Penyediaan Perjanjian Jual Beli bagi rumah.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Perjanjian Jual Beli Kedai

Penyediaan Perjanjian Jual Beli bagikedai

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyaksian Dokumen dan Sijil Akui Sah

Menjadi saksi proses tandatangan dokumen.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Pengurusan Dokumen Perjanjian

Menguruskan peringatan dan mengemaskini status perjanjian.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyempurnaan Gadaian

Penyempurnaan gadaian dimana kami tidak bertindak ke atas transaksi awal.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Borang CKHT 3

Penyediaan Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi transaksi pindahmiik hartanah.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Borang CKHT 1A

Penyediaan Borang CKHT 1A bagi transaksi pindahmiik hartanah.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyaksian Dokumen Oleh Peguam

Menjadi saksi proses tandatangan dokumen.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Perjanjian Jual Beli Secara Lelong

Mengurus Perjanjian Jual Beli bagi hartanah rumah, komersial, industri atau pertanian secara lelong

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Pengurusan Pembiayaan Semula LPPSA

Mengurus permohonan 'Refinancing' LPPSA

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Pendaftaran Kaveat

Kemasukan Carian Persendirian atau sebab- sebab lain / Pesanan Awal Carian Persendirian (kecuali penyediaan Akuan Berkanun)

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyempurnaan Gadaian

Penyempurnaan gadaian dimana kami telah bertindak ke atas transaksi awal.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Permohonan Kebenaran Pindahmilik

Pindahmilik / Pajakan atau Caj ke Pejabat Tanah Galian / Pejabat Tanah Daerah / SUK (bagi hartanah yang kurang RM45,000)

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Borang CKHT CP600

Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan CP600 untuk individu.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Permohonan Ganti Hakmilik Geran Tanah

Mengurus proses membuat penggantian hakmilik tanah yang telah hilang atau rosak.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Peguam Pengurusan Pinjaman LPPSA

Mengurus permohonan pinjaman LPPSA bagi penjawat awam

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyempurnaan Pindahmilik

Penyempurnaan pindahmilik geran dimana kami tidak bertindak ke atas transaksi awal.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Penyediaan Borang CKHT 2A

Penyediaan Borang CKHT 2A bagi transaksi pindahmiik hartanah.

Berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara

Hartanah

Shariah & Pengurusan Pusaka

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page