top of page

KOS BAYARAN PEGUAM PANEL LOAN LPPSA 2022

kos peguam lppsa.jpeg

Pinjaman atau pembiayaan yang diberikan oleh LPPSA boleh meliputi pelbagai kos termasuklah kos khidmat peguam yang menguruskan pembiayaan LPPSA.

 

Merujuk kepada portal atau laman sesawang rasmi LPPSA, LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan. Jumlah ini akan disekalikan dalam jumlah pembiayaan yang anda pohon.

Dapatkan Sebut Harga Lawyer atau Peguam Panel Loan LPPSA Lengkap Dan Mengikut Format LPPSA

Oleh sebab ia akan menjadi sebahagian daripada jumlah pembiayaan anda, LPPSA mewajibkan anda menyertakan sebutharga daripada panel peguam LPPSA mengikut format keperluan LPPSA.

 

Seseorang peguam yang telah diterima sebagai peguam panel LPPSA telah melalui proses saringan dan latihan untuk memastikan dokumentasi yang akan disediakan kelak mengikut format yand diperlukan.

 

Ini penting agar tiada sebarang kelewatan akan berlaku dari segi pemprosesan dokumentasi pembiayaan anda kelak.

Kalkulator Dan Cara Kiraan Bayaran Yuran Guaman LPPSA

Anda juga perlu maklum bahawa kos guaman yang dibiayai oleh LPPSA hanyalah kos berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan jual beli hartanah sahaja. Ia tidak termasuk sebarang kos guaman yang menguruskan Perjanjian Jual Beli hartanah anda.

 

Yuran ataupun kos khidmat bagi peguam LPPSA adalah tertakluk kepada Akta Profession Undang-Undang 1976. Secara spesifik berdasarkan Jadual 3 dalam Perintah Saraan Peguamcara.  Semua peguam secara undang-undang adalah wajib untuk mengikuti pengiraan yang telah dimaklumkan dalam jadual ini.

​

Ia tidak kira sama ada pembiayaan yang diambil oleh pemimjam LPPSA adalah pembiayaan konvensional atau pembiayaan secara Islamik. Ini bermaksud pembayaran kos bayaran peguam LPPSA adalah turut tertakluk kepada Jadual pengiraan ini.

TIPS Pinjaman LPPSA :  Yuran Guaman Boleh Dimasukkan Ke Dalam Pinjaman LPPSA.

 

Jadual di bawah menunjukkan cara pengiraan bagi Perjanjian Pinjaman dan dokumen yang berkaitan:- 

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Amaun Dibiayai
Skala Fi

Contoh Kos Bayaran Peguam LPPSA Bagi Pembiayaan Bernilai RM426,356.29

Untitled design.png

Contoh Kos Bayaran Peguam LPPSA Bagi Pembiayaan Bernilai RM190,970.43

Contoh Bayaran Peguam LPPSA (KL).png

Perlukan Peguam LPPSA atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

ASCO Brand (3).png

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjsama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

© ASCO 2021 | ASCO IALAH SEBUAH FIRMA GUAMAN BERLESEN DI BAWAH PENGELOLAAN BADAN PEGUAM MALAYSIA DI BAWAH AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 | BEYOND LEGAL SERVICES.

bottom of page