Penyempurnaan Gadaian adalah proses untuk mendaftarkan gadaian dalam geran hakmilik tanah apabila geran hakmilik tanah sudah dikeluarkan pejabat tanah.
Mari kita ketahui lanjut berkenaan perkara ini. Ini perkara yang akan kita bincangkan melalui perkara ini;
Mengapa anda perlu melakukan Penyempurnaan Gadaian
Siapa yang biasanya akan membayar Penyempurnaan Gadaian
Siapa yang harus anda lantik untuk melakukan Penyempurnaan Gadaian
Apa yang anda perlu sediakan untuk Penyempurnaan Gadaian
1. Mengapa anda perlu melakukan Penyempurnaan Gadaian
Penyempurnaan Gadaian dilakukan kerana bank ingin mempunyai sekuriti atau jaminan kepada pinjaman atau pembiayaan yang dibuat si Pemimjam (Pembeli). Kadang-kala pinjaman dilakukan ketika geran hakmilik individu asih belum dikeluarkan. Atas sebab ini, pembeli harus menggunakan surat kuasa sebagai pengganti jaminan pembiayaan yang diberikan kepada pembeli.
Pendaftaran gadaian memberi jaminan yang lebih kuat dan termaktub prosesnya dan dijamin oleh undang-undang Kanun Tanah Negara Malaysia.
2. Siapa yang biasanya akan membayar Penyempurnaan Gadaian
Kebiasaannya, pihak bank yang akan membayar yuran. Walau bagaimanapun, hal ini bergantung pada surat tawaran yang awalnya ditandatangani antara anda dan pihak bank semasa anda bersetuju dengan perjanjian pinjaman.
3. Siapa yang harus anda lantik untuk melakukan Penyempurnaan Gadaian
Bagi transaksi ini, pihak bank sendiri akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Hakmilik dipindahkan ke bank sebagai jaminan pinjaman. Oleh itu, apabila Geran Hakmilik dikeluarkan, bank mesti melaksanakan dokumen pelepasan (Borang 16N) untuk melepaskan caj mereka atas Hakmilik tersebut.
Atas tujuan ini, peguam bank akan dilantik untuk membuat pendaftaran gadaian. Hakmilik dan MOT akan diberikan kepada peguam bank untuk membolehkan mereka mendaftarkan gadaian memihak kepada bank.
4. Apa yang anda perlu sediakan untuk Penyempurnaan Gadaian
Ini adalah dokumen yang perlu disediakan oleh pemimjam:-
Salinan kad pengenalan (NRIC) Pembeli
Salinan Surat Ikatan Amanah (DOA)
Salinan Perjanjian Pinjaman
Resit Cukai Pintu
Resit Cukai Tanah
Tips hartanah
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.
Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjsama?
Mengenai Kami
Hub
Maklumat Perundangan
Syarikat Pemula
Hartanah
Perniagaan
© ASCO 2021 | ASCO IALAH SEBUAH FIRMA GUAMAN BERLESEN DI BAWAH PENGELOLAAN BADAN PEGUAM MALAYSIA DI BAWAH AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 | BEYOND LEGAL SERVICES.